Jesse Lingard dan Andreas Pereira bukanlah nama yang sangat digemari segelintir penyokong Man United.
Ini kerana kedua dua pemain tersebut dianggap liabiliti kepada pasukan. Di kala pemain lain menunjukkan kesungguhan mereka di atas padang, nama Lingard dan Pereira pula seringkali diletakkan sebagai pemain yang terus pegun dan tak meningkat.
Lingard dikenali dengan sikapnya yang kebudak – budakan di kalangan penyokong Man United. Beliau juga seringkali menggunakan media sosial dengan kadar yang agak melampau.
Sehinggakan Roy Keane menganggap Lingard lebih fokus untuk menjadi bintang instagram berbanding dengan bola sepak.
Roy Keane:
🗣️''You look at Matthijs de Ligt, he’s captaining Ajax at 19 years old earning a modest wage. Meanwhile Rashford is scoring 10 goals a season, killing disabled fans in wheelchairs with his free kicks earning £100k & Lingard is earning £120k to be an Instagrammer.”😂 pic.twitter.com/rwTlA1TIx9
— Football Stuff (@FootbalIStuff) September 3, 2019
Terbaru, terakam detik Jesse Lingard dan Andreas Pereira ketika sesi latihan. Ternyata ramai peminat Man United marah dengan mereka.
Di kala para pemain lain serius dalam latihan, meeka berdua pula berseronok dengan melakukan aksi seperti break dance di tepi padang.
“Man United bayar Lingard £135,000 seminggu untuk melakukan benda ini di pusat latihan. Ini adalah orang yang sama yang mencatatkan 0 gol dan 0 assist dalam 21 perlawanan EPL musim ini. Sangat memalukan.”
https://twitter.com/i/status/1232771465533181952
“Oh macam ni rupanya Lingard berlatih.”
So this is how Lingard trains 🤷♂️pic.twitter.com/s7ONvlyYv6
— Aidan Walsh 🔰 (@AidanWalshMUFC) February 26, 2020
“Saya persembahkan kamu Lingard dan Andreas Pereira, tuan tuan dan puan puan. Saya pun tak tahu, nak gelak ke nak menangis… ”
I present to you Jesse Lingard and Andreas Pereira ladies and gentlemen. I don’t know whether to laugh or cry… pic.twitter.com/n5u1YtRyta
— نعيم (@nayeemahmed_) February 26, 2020
“Saya tidak harap pun sikap serius sepanjang masa. Tetapi Jesse Lingard sudah berusia 27 tahun dan mendapat £75,000 seminggu, apabila bos memberitahu dia, standard harus ditingkatkan, dan dia buat benda ni…”
I'm not expecting serious behaviour 24/7 but Jesse Lingard is 27 years of age earning a reported £75,000-per-week whilst his boss has told him his "standard has to improve" and he's doing this…pic.twitter.com/5jO3mAj9Rk
— ً (@utdrobbo) February 26, 2020
Ada yang menganggap Sir Alex Ferguson tak sanggup melihat perkara seperti ini berlaku di sesi latihan.
LMAOOOOOOOOO See Andreas Periera & Jesse Lingard while others are putting in work .. 🥴🤦🏾♂️ Sir Alex Ferguson would never watch this happen! pic.twitter.com/xHP93iH3Jq
— 🌹Adé Tigre (@DAFLOWABIOYE) February 26, 2020
Lingard masih lagi belum melakukan sebarang assist atau gol dalam EPL musim ini. Dan dikatakan sedang berbincang untuk menjadi klien Mino Raiola – ejen yang selalu bergaduh dengan Man United.
Ole mahu Lingard naikkan standard
Baru baru ini, Ole Gunnar Solskjaer diminta penjelasan beliau tentang kenapa Lingard dan Pereira disisihkan daripada beberapa perlawanan.
Ole berkata: “Sekarang ini, persaingan dalam pasukan ini semakin hari semakin tinggi. Jadi, kamu harus naikkan lagi standard kamu.”
Manchester United baru sahaja mendapatkan Bruno Fernandes. Pemain yang sudah memenangi 3 MOTM untuk Man United.
Lingard dan Pereira pada awalnya dijangka akan rasa terancam dengan kehadiran Bruno Fernandes.
Namun ternyata mereka berdua, masih rileks je, macam tiada apa apa berlaku.