Ole Geram Man United Tak Terima Nasihatnya Untuk Beli Haaland Harga Rahmah

Ole Gunnar Solskjaer benar benar tidak faham, kenapa Man United tidak mengendahkan nasihatnya dahulu, agar mereka segera mendapatkan Erling Haaland.

Solskjaer menguruskan Haaland di Molde pada masa itu, segera menghubungi Man United yang ketika itu diuruskan Jose Mourinho.

Dia berkata, dia ada pemain yang sepatutnya bermain untuk kelab seperti Man United iaitu Erling Haaland.

Solskjaer hanya meminta GBP4 juta untuk pemain itu. Harga yang sangat murah berdasarkan potensi pemain itu.

Malagnya Ed Woodward buat tak tahu je dengan cadangan itu.

Bercakap dalam podcast yang dilaporkan oleh The Athletic, Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Saya sudah berhubung dengan Manchester United kerana kami ada mempunyai penyerang berbakat ini yang sepatutnya dimiliki kelab seperti Man United.”

“Tetapi mereka tidak mendengarnya, dan itu malang sekali. Empat juta, itu sahaja saya minta.”

“Tetapi mereka tidak pernah berminat menandatanganinya. Empat juta! Jangan tanya [di mana dia sekarang]. Dia terlalu bagus…”

Haaland kemudian ditandatangani RB Salzburg dan kemudian ke Borussia Dortmund sebelum ditandatangani jiran tetangga Man City.

Di mana ketika itu Man United turut berusaha mendapatkan Haaland.

Man United sebenarnya turut berusaha mendapatkan Haaland ketika Solskjaer menjadi pengurus. Namun mereka berdepan kesukaran kerana Man United pada masa itu mulai tidak sehaluan dengan ejen Haaland, mendiang Mino Raiola.

Erling Haaland sentiasa meletakkan Ole sebagai pengurus yang dia sangat berterima kasih. Kerana membantunya menajamkan skil seorang penyerang ketika dia masih muda.

Erling Haaland ketika ini sedang menuai gol demi gol bersama City.

Man United masih mencari no.9 baharu yang boleh mencetak 20-30 gol semusim.

Sedangkan mereka pernah mendapat  peluang itu ketika Solskjaer cuba menggunakan pengaruhnya di Molde.

Baca yang lain