Donny Van De Beek cuba mencari pintu keluar dari Man United untuk mendapatkan minit permainan lebih banyak.
Van De Beek terus gagal mendapatkan tempat dalam pasukan utama Man United sejak menyertai pasukan tersebut.
Everton dikhabarkan telah menghantar bidaan untuk mendapatkan Van De Beek secara pinjaman. Tetapi malangnya, usaha Everton itu dihalang oleh Ole Gunnar Solskjaer.
Di mana pengurus asal Norway itu mahu Van De Beek terus kekal dalam pasukannya.
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Man Unite dari Ajax dengan nilai sekitar EUR40-45 juta. Namun sejak menyertai Man United beliau terus gagal untuk menjadi pemain kesebelasan utama.
Louis Van Gaal yang baru mengambil alih pasukan kebangsaan Belanda sudah mengingatkan kesemua pemainnya bahawa, keutamaan adalah kepada mereka yang banyak minit permainan.
Sebelum ini walaupun Van De Beek tiada minit yang banyak dia tetap dipanggil menyertai Euro. Namun hanya kecederaan yang menyebabkannya disisihkan.
Man United sebenarnya terbuka mendengar tawaran untuk Van De Beek. Tetapi mungkin mereka hanya mahukan rundingan pembelian tetap ataupun lebih suka pasukan di luar EPL untuk mendapatkan pemain itu.
Van De Beek sangat berminat dengan cabaran baharu di Everton, malangnya Ole tidak merestuinya.
🚨 – Ole Gunnar Solksjaer has blocked a loan deal from Donny van de Beek to Everton. The Dutch midfielder made it clear to Manchester United that he wanted to make a move and Everton were ready to agree a deal for the Dutch midfielder, but Ole did not give permission. [@ADnl] pic.twitter.com/qrX2EDmUUx
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) August 31, 2021
Bekas pemain Man United, Dmitar Berbatov sendiri tidak faham dan kecewa dengan perpindahan Van De Beek. Kerana ternyata pemain itu dibeli tetapi gagal mendapatkan tempat dalam pasukan utama.
“Saya tidak menyalahkan pemain sama sekali, namun bagi saya, ini adalah salah satu perpindahan paling mengecewakan pernah berlaku,” kata Berbatov.
Dimitar Berbatov on Donny van de Beek 🗣
"I'm not blaming the player at all, but for me, it's one of the most disappointing transfers ever." pic.twitter.com/f7tKPsvN8s
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 30, 2021
Van De Beek di belakang Pogba, Bruno Fernandes, Fred, Scott McTominay dan Nemanja Matic di tengah.
Ini adalah kali kedua pada minggu terakhir perpindahan Everton dihalang oleh pengurusan kelab untuk mendapatkan pemain.
Sebelum ini Ainsley Maitland Niles dihalang oleh Mikel Arteta daripada menyertai Everton. Yang membuatkan pemain berusia 24 tahun itu menggunakan Instagram untuk mendesak perpindahan ke Everton.
Arsenal kemudian menggantung pemain itu daripada latihan minggu ini atas alasan tindakan pemain itu adalah tidak profesional.
Dalam perkembangan lain, Man United rasminya melepaskan Daniel James ke Leeds United.
Daniel James sebelum ini hampir menyertai Leeds namun disailang oleh Man United. James yang sudah berunding dengan Leeds ketika itu, memutuskan untuk menukar haluan ke Old Trafford.
Kehadiran Cristiano Ronaldo menjadikan persaingan posisi serangan sangat sengit. Ini ditambah dengan kehadiran Jadon Sancho yang merupakan pemain sayap.
James terus menjadi pemain kegemaran Bielsa dan akhirnya memeterai perjanjian dengan Leeds.