Ole Harap Shanghai Shenhua Beri Kebenaran Ighalo Terus Kekal

Ole Gunnar Solskjaer telah memberitahu laman rasmi kelab bahawa beliau berharap Ighalo akan terus kekal sehingga musim ini tamat.

Perjanjian pinjaman dengan pemain dari Nigeria itu berakhir pada akhir bulan Mei dan bos Old Trafford telah memberikan kemaskini terkini mengenai kemungkinan pemergian penyerang itu menerusi laman rasmi Man United.

Ole Gunnar Solskjaer berharap Odion Ighalo dapat melanjutkan pinjamannya di Manchester United dan mengesahkan bahawa persetujuan itu masih belum dicapai dengan Shanghai Shenhua.

Ighalo menandatangani kontrak dengan United pada hari terakhir jendela perpindahan Januari dengan perjanjian pinjaman sehingga akhir Mei – sepatutunya liga berakhir.

Namun, penangguhan semua perlawanan kerana Covid-19 bermakna pemain Nigeria itu hanya bermain lapan kali dan akan meninggalkan kelab pada akhir minggu ini.

United ingin melanjutkan lagi tempoh pinjaman Ighalo, seperti yang telah diizinkan oleh peraturan Liga Perdana Inggeris, tetapi kelab induknya, Shanghai Shenhua ingin pemain itu kembali untuk memulakan aksi Liga Super China.

Solskjaer mengesahkan kedua-dua kelab itu masih dalam perbincangan tetapi mereka masih belum mencapai keputusan dan kesepakatan untuk perkara itu semakin hampir.

“Kesepakatan pinjaman adalah sehingga akhir Mei ini, jadi jelas sekali dia sepatutnya kembali,” kata Solskjaer kepada MUTV.

“Kami sedang berbincang dengan kelabnya. Mereka sangat baik terhadap kami, kelabnya, dan membenarkannya bermain untuk kelab impiannya.”

“Sudah menjadi impian baginya bermain di sini dan semoga dia dapat menyelesaikan apa yang dia mulakan, semoga menjulang dengan trofi bersama kita.”

“Buat masa ini, tidak ada apa yang dipersetujui lagi. Liga mereka akan dimulakan tidak lama lagi jadi kami hanya menunggu untuk melihat apa bakal berlaku. ”

Ighalo telah memberikan impak dalam lapan penampilannya sejak kedatangannya di United pada bulan Januari, menjaringkan empat gol dalam tiga permulaannya.

Penyerang berusia 30 tahun itu turut ingin melanjutkan lagi masa pinjaman beliau di United

Difahamkan, Shenhua telah menawarkan Ighalo kontrak baru bernilai sekitar £400,000 seminggu dan mereka ingin mendapatkannya kembali untuk menambahkan kualiti skuad mereka.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.