Perlawanan awal pagi esok waktu Malaysia memang sukar untuk Arsenal. Ianya perlawanan kedua berhadapan dengan big six oleh The Gunners dalam masa kurang seminggu.
Sebelum ini mereka terkena kebangkitan Chelsea di hadapan penyokong sendiri. Berikut adalah 5 perkara yang menjadi cabaran Arteta
1. Sistem permainan
Arsenal sudah menunjukkan satu gaya permainan yang lebih baik dalam dua perlawanan dikendalikan Arteta dari segi menyerang secara unit.
Namun masalah utama mereka adalah ketika transisi bertahan. Arsenal perlu memastikan mereka mendapat penguasaan bola yang sangat banyak untuk memastikan mereka tidak diasak ke belakang.
2. Prestasi Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer memiliki reputasi yang sangat baik berhadapan dengan pasukan big six sejak mengambil alih.
Ole masih belum kalah berhadapan dengan big six pada musim ini. Dan mereka hanya bolos 3 kali.
Ole Gunnar Solskjaer vs the big six in the Premier League so far…
– Games: 4
– Wins: 2
– Draws: 2
– Losses: 0
– Goals: 8
– Conceded: 3 😏#MUNTOT pic.twitter.com/VRxvW3mU6B— The Sack Race (@thesackrace) December 4, 2019
Ole sentiasa tahu cara untuk bermain dengan pasukan big six.
3. Prestasi Martial Rashford
Kedua dua pemain dalam prestasi yang agak baik dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.
Ia pasti menjadi perkara yang digariskan oleh Arsenal dalam sesi latihan persiapan pasukan mereka sepanjang minggu ini.
https://twitter.com/utdxtra/status/1211023461428150274
Perhatian yang lebih pastinya kepada Marcus Rashford yang sudah membuktikan kemampuannya merobek gawang pasukan big six dalam apa jua keadaan pasukannya.
Marcus Rashford‘s record vs. ‘big six’ sides this season (all competitions):
⚽️⚽️ vs. Chelsea
🅰️ vs. Arsenal
⚽️ vs. Liverpool
⚽️⚽️ vs. Chelsea
⚽️⚽️ vs. Spurs
⚽️ vs. Man CityDirectly involved in a goal in each game. 💯 pic.twitter.com/LhzEkPicvp
— Statman Dave (@StatmanDave) December 30, 2019
4. Arteta perlu tentukan sistem no.9
Arteta dalam 2 perlawanan telah meletakkan Aubameyang di wide area. Namun pemain itu menjaringkan gol dalam dua perlawwana tersebut dalam keadaan dia berada di posisi di dalam box.
Aubameyang adalah pemain yang akan semakin bahaya jika berada di dalam box dan kurang impak apabila semakin jauh.
Mungkin kali ini menolak Lacazette ke wide area ataupun bermain dengan sistem 4-4-2 sama ada sistem klasik ataupun diamond?
Ataupun perkara yang dilakukan pengurus sebelum ini, mengorbankan Lacazette dahulu dan meletakkan Aubameyang sebagai no.9.
Arteta jelas mahukan gandingan 2 pemain ini di atas padang. Dan Aubameyang memiliki prowess lebih baik daripada Lacazette sebagai wide player.
Jadi macamana dengan sistem kali ini?
5. Prospek slot Eropah
Manchester United masih mahu bersaing ke tempat UCL. Arsenal sudah keciciran mata agak jauh.
Namun mereka boleh menggunakan perlawanan ini sebagai peluang terakhir untuk memulakan kebangkitan.
Kemenangan dalam perlawanan seperti ini pastinya memberikan motivasi yang besar kepada para pemain.
Rumusan
Arsenal akan menerima kunjungan seteru mereka Man United dalam aksi yang memerlukan mereka menang.
Dalam masa yang sama Arsenal masih perlu melakukan tugasan asas mereka untuk membentuk fasa transisi dalam permainan mereka.
Manchester United pastinya mahu memastikan Arsenal terus merasai tekanan di atas padang.
Pertarungan yang sangat menarik untuk disaksikan pada awal pagi esok bagi perlawanan pembukaan dekad baharu.
Adakah Arteta akan mencipta kemenangan pertama dengan Arsenal dalam aksi ini?