Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan kedudukannya selaku pengurus Man United.
Dan menafikan bahawa khabar angin tentang perlawanan Man City boleh mempengaruhi kedudukannya di Man United.
Man United kalah 0-2 dalam aksi Derbi Manchester. Kekalahan kedua berturut turut di Old Trafford, yang juga kekalahan kedua di halaman sendiri dalam 2 perlawanan besar.
Sebelum ini Man United dikalahkan Liverpool dana derbi Barat Laut Inggeris.
Gol sendiri oleh Eric Bailly dan Bernardo Silva membolehkan skuad Man City membirukan warna bandar Greater Manchester.
Roy Keane menyatakan bahawa ada jurang yang sangat besar di antara kedua dua pasukan dari segi kualiti.
Di mana Man City dilihat seolah olah sedang berseronok membuli Man United dengan 77% penguasaan bola di Old Trafford.
Man United hanya mencatatkan 1 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Kekalahan ini meletakkan Ole Gunnar Solskjaer di dalam tekanan.
Kerana sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahwa BOD kelab memberikan Ole 3 perlawanan untuk menyelamatkan dirinya. Bermula aksi berdepan Spurs, di mana United menang.
Kemudian seri berdepan Atalanta. Dan aksi hari ini mereka tewas pula.
Solskjaer mempertikaikan para pemainnya yang menurut beliau terlalu pasif di atas padang dan melepaskan gol awal. Itu yang menjadi masalah besar kepada mereka.
“Mereka [Man City] bermain sangat baik. Sudah tentu, mereka langsung tak bagi kamu peluang untuk merampas bola daripada kaki mereka. Jadi pujian harus diberikan kepada mereka, dan pada masa yang sama, kami tidak berada di tahap yang sepatutnya, dan standard kami harus dinaikkan lagi lepas ni.”
Seterusnya, Ole mengakui pasukannya dibuli oleh City dengan kepantasan mereka. Dan membuatkan United menelan kekalahan keempat selepas 11 perlawanan musim ini.
“Buat masa ini, kami harus kembali ke pangkal semula, bagaimana kami bermula sebelum ini. Di mana kami ketika itu kelihatan sudah seperti menjadi sebuah pasukan yang kuat, pada hujung musim lalu, serta pada awal musim ini. Kita harus kembali semula ke prestasi itu.”
“Kita harus menyerang dengan lebih banyak. Saya tak boleh berkata kepada diri sendiri, inilah gaya permainan yang saya mahukan Man United mainkan.”
Namun Ole menafikan bahawa dia kini dalam detik dipantau oleh kelab untuk dipecat.
“Saya berhubung baik dengan kelab sepanjang masa, dan kami sangat berterus terang dan jujur.”
“Saya bekerja untuk Man United, saya mahukan yang terbaik untuk Man United. Dan sudah pastinya, selagi lagi saya masih berada di sini, saya mahu melakukan perkara yang saya boleh membantu kelab ini memperbaiki perkara seperti ini.”
Solskjær on his future: “No I don't [think he is on borrowed time]. I have good communication with the club all the time which is up front and honest. I work for Man United, I want the best for Man United. As long as I am here I want to improve this”. 🔴 #MUFC @utdreport pic.twitter.com/8iLYnQyxRc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 6, 2021
Jadi, Ole sudah menjawab tentang isu masa depannya. Beliau kini fokus kepada kebangkitan semula United.