Ole Pertahan Ed Woodward, Sahkan Raiola Punca United Tak Sign Haaland

Old Trafford awalnya dikatakan destinasi hampir pasti untuk pemain berusia 19 – Erling Braut Haaland. Namun pemain itu telah ditandatangani secara mengejut oleh Borussia Dortmund.

Erling Braut Haaland berpindah ke Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan dilaporkan sekitar £20 juta.

Manchester United sangat inginkan penyerang muda itu bagi mengisi kualiti serangan mereka.

Sebuah portal pro Manchester United mendedahkan bahawa kegagalan rundingan itu kerana isu ejen. Mino Raiola cuba menyelitkan klausa pelepasan yang dianggap mampu beli.

Laporan Samuel Luckhurst pula menyebut Raiola sebagai punca kepada kegagalan perpindahan Erling Braut Haaland ke Man. United.

Raiola memberikan respon panas menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan kegagalan rundingan itu.

Sebaliknya beliau menyatakan bahawa pemain itu sendiri yang memilih untuk pergi ke Borrusia Dortmund berbanding dengan Manchester United.

Raiola menegaskan Erling Braut Haaland tidak yakin dengan Manchester United akan mengembangkan lagi bakat beliau.

Raiola memberikan contoh apa yang berlaku pada Paul Pogba yang menurutnya tidak berkembang seperti pemain lain. Lalu Mino Raiola berikrar tidak akan membekalkan sebarang pemain lagi ke Manchester United.

Prestasi cemerlang pemain itu pada aksi debut bersama Borussia Dortmund membuatkan wartawan terus bertanya kepada Ole Gunnar Solskjaer tentang, adakah benar Man United ada melakukan rundingan untuk membawa masuk pemain itu.

Ini kerana Manchester United dilihat terdesak memerlukan penyerang berkaliber.

Ole mengesahkan ada usaha untuk membawa masuk pemain itu, Erling Braut Haaland, tetapi ianya terhalang kerana faktor yuran perpindahan dan bukannya United ditolak oleh Erling Braut Haaland seperti yang dinyatakan Mino Raiola.
Beliau mempertahankan tindakan Ed Woodward dalam isu ini.

Raiola sebelum ini dengan terang-terangan mengatakan bahawa pemain muda untuk menolak Manchester United.

Bagi Ole Gunnar Solskjaer dalam situasi seperti ini, haruslah bijak untuk menggunakan akal fikiran.

Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Adalah penting kita menggunakan akal dalam perkara seperti ini,” kata beliau kepada wartawan menjelang perlawanan United dengan Burnley pada pertengahan minggu.

Ole Gunnar Solskjaer juga berpandangan bahawa sebagai pembeli, pastinya mereka mahu ada kawalan ke atas barangan yang mereka miliki – dan bukannya pihak lain yang ada kuasa dan kawalan itu.

“Terdapat juga perkara lain apabila anda menandatangani pemain, di mana anda perlu mengawalnya. Anda tidak boleh memberikan ejen kawalan dengan memberikan klausa serta mengawal barang yang anda beli.”

“Itu telah dibangkitkan sebelum, dan pada pandangan saya, kita perlu mengawalnya.”

Sementara itu, United kehilangan khidmat Marcus Rashford kerana kecederaan. Ini mengecilkan lagi opsyen Solskjaer kepada Anthony Martial atau Mason Greenwood sebagai pilihan mereka mengemudi barisan hadapan.

Namun ada juga penyokong Man United yang merasakan Ed Woodward tetap lemah dalam hal ini. Kerana tiada plan B untuk membantu Ole mendapatkan pemain penyerang.

Seterusnya Ole masih tidak dapat Bruno Fernandes sehingga hari ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di