Olga Carmona Hanya Tahu Ayahnya Sudah Meninggal Selepas Keraian Piala Dunia

Olga Carmona menjadi wirawati negaranya Sepanyol dalam kejayaan menjadi juara Piala Dunia Wanita 2023.

Dia menjaringkan satu satunya gol dalam aksi final menentang England untuk menjadi sebahagian sejarah gemilang bola sepak Sepanyol.

Selepas meraikan kejayaaan bersama rakan rakannya, dia akhirnya diberitahu bahawa ayahnya sebenarnya sudah meninggal dunia pada hari tersebut.

Pihak keluarganya memutuskan untuk merahsiakan dahulu perkara itu agar tidak mengganggu fokus Olga Carmona pada final.

Memandangkan ayahnya merupakan orang paling kuat menyokong karier anaknya sebagai pemain bola sepak.

Olga memberikan penghargaan kepada ayahnya dalam muat naik di Twitternya: “Dan tanpa saya sedari sebenarnya bintang saya [ayah] sudah pergi sebelum sepak mula final.”

“Namun saya sentiasa tahu dan sedar bahawa kamu akan sentiasa memberikan saya kekuatan untuk mencapai perkara yang unik seperti ini.”

“Saya tahu kamu ada menyaksikan saya malam ini dari atas sana dan berbangga dengan saya. Bersemadilah dengan tenang Papa.”

Pihak RFEF / FA Sepanyol juga setuju untuk tidak memberitahu perkara itu kepada Olga atas permintaan keluarganya. Difahamkan kakaknya berhubung dengan pegawai RFEF tentang perkara itu.

Pemain pemain wanita Sepanyol sebenarnya tidak dibenarkan membuka media sosial sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka cuma boleh berhubung dengan ahli keluarga mereka sahaja.

Ini untuk mengelak pemain hilang fokus sepanjang kejohanan terutama sekali ketika membaca komen toksik.

Olga yang merupakan pemain Real Madrid melakukan jaringan ’emas’ untuk negaranya pada hari itu.

RFEF menulis: “Pemain kami diberitahu berita duka bahawa ayahnya sudah meninggal dunia, berita itu disampaikan selepas aksi final. Kami mengirimkan pelukan ikhlas kami kepada Olda dan keluarganya yang ketika ini dalam kesedihan mendalam.”

“Kami sayangkan kamu Olga, kamu adalah sejarah bola sepak Sepanyol.”