Olimpik Tahun Ini Masih Digelar Tokyo 2020, Berapa Billion Kos Menukar ‘0’ Dengan ‘1’?

Nama sukan olimpik yang berlangsung pada tahun ini kekal secara rasminya digelar Olimpik 2020 ataupun Tokyo 2020 seperti yang dirancang.

Pada Mac 2020, presiden IOC, Thomas Bac dan bekas perdana menteri, Shinzo Abe bersetuju untuk menangguhkan sukan paling berprestij di dunia itu.

Pandemik telah membuatkan sukan olimpik 2020 diadakan pada tahun 2021. Sebenarnya nama rasmi Tokyo 2020 tersebut sudah menjadi satu jenama.

Jadi, untuk menukar namanya, ianya melibatkan banyak proses dan kos termasuk pemasaran, tajaan dan juga jenama itu sendiri.

Para atlet berkampung di Tokyo untuk bersaing sesama mereka. Dengan cendera mata masih tertulis Tokyo 2020.

Ianya nampak mudah dengan hanya perlu menukarn 0 dengan 1. Namun sebenarnya yang mudah itu paling rumit dan payah. Ketika bandar Tokyo memenangi bidaan hak penganjuran, ianya terus menjadi jenama yang eksklusif.

Tokyo 2020 sudah menjadi jenama besar

Para penaja sudah masuk dan mahu terlibat sama dalam projek ini. David Stotlar, yang merupakan profesor emeritus di Universiti Colarado – pakar pemasaran sukan – menegaskan bahawa – pada detik Tokyo diumumkan sebagai penganjur, pada hari itulah, jenama Tokyo 2020 terus meningkat naik mendadak nilainya.

Menukar nama tersebut, menukar 0 dengan 1 akan mengubah malah menghapuskan beberapa usaha dan pelaburan yang sudah dicapai dalam beberapa tahun.

Stotlar menambah: “Manual untuk menganjurkan sukan ini kira kira 1,000 muka surat tebalnya. Jadi, untuk mengubah sesuatu secara mengejut ianya akan membrikan impak kepada pemasaran sukan olimpik ini, dan ianya lebih rumit daripada yang disangkakan.”

Sukan Olimpik tidak pernah ditunda, dan IOC memutuskan bahawa nama Tokyo 2020 kekal menjadi nama rasmi.

Legasi dan prestij

Stotlar kemudian menyatakan bahawa: “Dengan mempunyai sukan olimpik 4 tahun sekali, ianya penting untuk legasi.”

Rick Burton, profesor pemasaran sukan di Universiti Syracuse – menjadi ketua pemasaran untuk jawatankuasa olimpik Amerika Syarikat ketika Beijing 2008 menegaskan bahawa, penganjuran Olimpik adalah sama dengan nilai penganjuran 20 acara Super Bowl.

“Tiada sukan di dunia ini mampu dibandingkan dengan Olimpik.”

Berapa kos menukar logo dan jenama

Menukar nama Tokyo 2020 bukannya murah, ianya sangat mahal. Jepun menggunakan logo Tokyo 2020 sejak 2015 lagi. Menurut Wall Street Journal, kedai kedai di Jepun sudah menjual cendera mata rasmi Tokyo 2020 sejak 2018.

Cendera mata ini berharga dari serendah $5 sehingga $15,000. Dan ianya menggunakan logo Tokyo 2020.

Menurut WSJ, menukar logo dan nama Tokyo 2020 akan menelan kos sekitar $20 billion. Dengan acara ini diadakan tanpa penonton di venue, penaja dan penganjur pastinya merasai impak yang besar dari segi pendapatan ketika temasya.

Ini termasuk Jepun sendiri yang gagal mendapatkan keuntungan daripada sektor pelancongan sukan. Oleh itu, menukar logo dan jenama Tokyo 2020, akan memburukkan lagi keadaan.

Toyota menandatangani kontrak jangka panjang dengan IOC dengan kontrak bernilai $1 billion pada 2015. Paling sadis, Toyota membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagu tema olimpik dalam iklan mereka di Jepun sebagai menghormati rakyat Jepun.

Hal ini kerana, ramai rakyat Jepun menentang penganjuran sukan ini pada musim pandemik. Dalam satu undian yang dibuat, 83% rakyat yang tinggal di Jepun mahu Tokyo 2020 dibatalkan sama sekali.

Pembatalan itu akan membuatkan Jepun menanggung lebih banyak kerugian dengan pembatalan kontrak dengan penaja dan sebagainya. Namun pada masa yang sama, mereka harus sedar bahawa, rakyat menentang sukan ini diteruskan kerana risau negara mereka akan dilanda gelombang pandemik yang lebih teruk.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan