Oliver Kahn Kecewa Neuer Persoalkan Tindakan Kelab Pecat Jurulatih Penjaga Gol

Oliver Kahn telah mengkritik Manuel Neuer kerana komen umum beliau mengenai pemecatan yang disifatkan Neuer ‘gila’ — jurulatih penjaga gol yang dah lama berkhidmat, Toni Tapalovic pada Januari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern Munich itu berang dengan kaptennya, dan mendakwa kritikan Neuer secara terbuka tidak adil kepada Kahn atau ‘nilai FC Bayern’.

Tapalovic telah menjadi jurulatih penjaga gol Bayern sejak 2011 dan sebelum ini merupakan rakan sepasukan Neuer di Schalke.

Bagaimanapun, Tapalovic dipecat bulan lalu selepas bos Bayern Julian Nagelsmann mendapati dia telah membocorkan sembang dalaman kumpulan WhatsApp antara jurulatih kepada pemain.

Keputusan Neuer juga diselar memandangkan Bayern berada di titik penting dalam musim mereka, dengan hanya satu mata memisahkan mereka dengan pasukan Union Berlin yang berada di tangga kedua.

“Apa yang Manuel katakan dalam bahagian dua wawancara ini berkaitan dengan pemecatan Toni Tapalovic adalah tidak adil kepadanya sebagai kapten mahupun nilai-nilai FC Bayern,” kata Kahn kepada Agensi Akhbar Jerman.

“Selain itu, kenyataannya tidak tepat pada masanya kerana kami menghadapi perlawanan yang sangat penting.”

Kahn mendedahkan bahawa dia melalui pengalaman yang sama dengan Neuer semasa kerjayanya yang cemerlang, tetapi memilih untuk tidak berkongsi pemikirannya dengan media.

“Dia secara peribadi terjejas [kerana sudah lama bekerjasama dengan Tapalovic], anda perlu memahaminya pada tahap tertentu.”

“Kami juga menyedari perkara itu apabila kami menjelaskan kepadanya bahawa keputusan ini tidak dipandang ringan, mengenai soal profesionalisme jurulatih penjaga gol. Jadi ini adalah keputusan yang terbaik buat masa ini untuk pasukan kami.”

“Saya berada dalam situasi yang sama sebagai pemain kebangsaan pada 2004. Jurulatih penjaga gol kami, Sepp Maier berasa dilayan teruk oleh DFB dan mereka berpisah.”

“Saya telah bekerja dengan Sepp selama bertahun-tahun dan kami mempunyai hubungan yang mesra dan boleh dipercayai.”

Pemenang Piala Dunia berusia 36 tahun itu kini tidak dapat beraksi selepas mengalami kemalangan ski yang mengejutkan selepas mewakili negaranya di Qatar.

Kini dalam proses pemulihan. Dengan Bayern sudah mendapatkan penjaga gol Borussia Mochengladbach, Yann Sommer sebagai penggantinya musim ini.

Hal ini kerana penjaga gol yang dipinjamkan ke Alex Nubel yang kini berada di Monaco enggan pulang pada pertengahan musim.

Nubel sudah berkali kali menunjukkan rasa tak puas hatinya kerana tidak diberikan minit perlawanan lebih banyak ketika di Bayern.

Neuer masih lagi pilihan utama walaupun sudah veteran. Dan dia telah mengkritik layanan Bayern ke atas jurulatih penjaga gol yang banyak berjasa kepada kelab itu dan juga dirinya.

Neuer berkata: “Dia bukan sahaja bekerja untuk saya selama sebelas tahun setengah, tetapi untuk semua orang, Ia adalah satu tamparan kepada saya apabila saya sudah kembali berada di atas padang. Saya rasa seperti jantung saya tercabut mendengarnya, itu adalah perkara paling gila yang saya alami dalam kerjaya saya.”