Ollie Watkins Yang Bergabung Semula Dengan Smith Dan Menghancurkan Liverpool

Aston Villa musim ini menandatangani striker Ollie Watkins dari Brentford dengan rekod perpindahan kelab mereka.

Watkins dibayar dengan harfa £28 juta. Beliau memiliki rekod luar biasa dalam Liga Kejuaraan musim lalu dengan 26 gol.

Pemain berusia 24 tahun itu telah lama diintai oleh Villa. Smith adalah watak penting yang membantu perkembangan beliau pada awal kariernya.

Dean Smith berkata: “Ollie telah berkembang menjadi salah satu penyerang yang paling diingini di negara ini.”

“Kami tidak sabar untuk melihatnya menunjukkan kualiti yang luar biasa dengan jersi Aston Villa.”

“Dia memiliki watak yang sangat rajin dan gigih serta memiliki kemampuan dan keperibadian untuk berjaya di peringkat tertinggi.”

Watkins bergabung semula dengan Smith, yang menandatangani penyerang dari Exeter ketika dia menjadi pengurus Brentford.

Nilai perpindahan Watkins adalah yang tertinggi untuk pemain Championship. Walaupun Manchester City membayar Bournemouth £40 juta untuk Nathan Ake dan Tottenham membelanjakan £30 juta untuk Moussa Sissoko Newcastle pada bulan Ogos 2016.

Namun keduanya tidak bermain itu tak beraksi di dalam Liga Kejuaraan. Mereka berpindah terus sebaik sahaja pasukan mereka tersingkir.

“Saya sangat teruja untuk bergabung dengan Aston Villa dan bertemu semula dengan Dean Smith sebagai ketua jurulatih saya,” kata Watkins.

“Saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa di sini dan menjaringkan beberapa gol.”

Watkins sebenarnya plan B untuk Villa. Ini selepas Villa gagal menandatangani Callum Wilson dari Bournemouth minggu ini kerana penyerang England itu lebih memilih untuk pindah ke Newcastle dengan bayaran £20 juta.

Dean Smith terpaksa meyakinkan pihak pengurusan tertinggi untuk membayar jumlah yang besar bagi mendapatkan Watkins.

Sebelum ini beberapa penyerang daripada Liga Kejuaraan menunjukkan kualiti mereka di EPL misalnya Tammy Abraham di Chelsea dan Teemu Pukki bersama Norwich.

Selepas memulakan aksi cemerlang pada musim ini, Villa menewaskan Liverpool 7-2. Dan watak utamanya adalah Ollie Watkins.

Beliau jadi pemain pertama menjaringkan hatrik ke atas Liverpool sejak Dmitar Berbatov pada 2010.

Dan semalam hanya 33 pemilik FPL Yang mengkaptenkan tiga ganda Watkins Dalam pasukan fantasi mereka.

Watkins bukan sahaja menghancurkan Liverpool malah beliau turut melakukan hatrik sempurna.

Hatrik sempurna merujuk kepada hatrik yang dijaringkan dengan kaki kanan, kaki kiri dan tandukan.

Biodata ringkas

Nama penuh: Oliver George Arthur Watkins

Tarikh lahir: 30 Disember 1995

Tempat lahir: Torquay, England

Tinggi: 180 cm

Posisi: Penyerang

Lagu favorite: You memang sangat cute

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari