Malaysia menelan kekalahan kedua berturut turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Dan dua kekalahan berturut turut itu di tangan pasukan yang sama iaitu Oman.
Malaysia turun melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Usaha untuk membalas dendam tidak kesampaian apabila Oman menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Omar Al Malki.
Di mana pemain berusia 30 tahun itu menggunakan kesempatan yang diberikan daripada titik penalti setelah penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi menjatuhkan Muhsen Saleh dalam kotak penalti.
Syihan secara keseluruhannya beraksi cemerlang dalam perlawanan ini menafikan banyak percubaan lawan yang bahaya.
Malaysia tidak mampu membalas gol itu. Namun Oman menambah gol pada masa kecederaan menerusi Mohammed Al Ghafri.
Perlawanan berakhir dengan 0-2 memihak pelawat
Kemenangan ini membolehkan Oman terus mengikat Kyrgyzstan dengan 9 mata. Oman kini di tangga kedua di belakang Kyrgyzstan yang memiliki gol lebih banyak.
Malaysia berada di tangga ketiga. Tiga mata di belakang Oman. Malaysia memungut 6 mata selepas 4 perlawanan.
Malaysia wajib menang dengan kelebihan gol yang baik dalam dua perlawanan seterusnya jika mahu meneruskan impian ke Piala Dunia 2026.
Carta Kedudukan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
* Selepas Hari Perlawanan 4
REP. KYRGYZ 🇰🇬 5-1 🇹🇼 CHINESE TAIPEI
MALAYSIA 🇲🇾 0-2 🇴🇲 OMAN▶️ Seterusnya Malaysia akan bertemu Rep. Kyrgyz di Bishkek (6 Jun)#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/2D0YEGRdpK
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2024