Omorodion Dedahkan Atletico Tak Hargainya Dan Gantung Dia Tak Bertali

Pemain bintang baharu Porto, Samu Omorodion mendedahkan bahawa Atletico tidak menghargainya dan membuatkan dia menangis.

Sebelum ini Atletico mengejutkan peminatnya sendiri apabila menyenaraikan bintang muda Omorodion disenaraikan untuk dijual. Ini kerana kelab mahu mendapatkan Julian Alvarez daripada Man City.

Pemain itu kini bersama dengan Porto setelah perpindahannya ke Chelsea gagal dimeterai. Rundingan itu terbantut pada hari hari terakhir perpindahan.

Membuatkan pemain itu mulai bimbang dia akan terus kekal di Atletico yang jelas sudah tidak mahukannya.

Dia berkongsi detik dia mulai diasingkan oleh kelab daripada pemain lain kerana sudah tidak dimahukan lagi di kelab itu.

Dia berkata: “Di Atletico Madrid, saya menangis pada setiap malam. Emak dan keluarga saya pun bergelut ketika itu. Saya diarahkan berlatih berasingan.

“Saya rasa bahawa diri saya tak diperlukan oleh pasukan, dan tidak  hidup seperti pemain bola sepak lain.

“Saya berlatih namun fikiran saya memikirkan perkara lain. Ianya detik sangat sukar.

“Akhirnya, syukur kepada tuhan, segalanya berlalu cepat dan saya telah membuat keputusan terbaik dalam hidup saya.”

Dia menjelaskan bahawa Atletico langsung tidak menjelaskan kepadanya tentang perancangan mereka untuk menjualnya. Dan dia berkata: “Tak ada siapa yang cakap dengan saya tentangnya. Saya masih lagi pemain Atletico Madrid.

“Saya masih lagi pemain Atletico Madrid. Dan saya berlatih seperti biasa. Saya pergi pusat latihan untuk tunaikan tanggungjawab saya. Itu dah kerja saya.”