Onana Bengang Dengan Song Tak Boleh Main Aksi Pertama

Bintang Manchester United, Andre Onana sangat kecewa ketika namanya disisihkan daripada aksi pertama Cameroon dalam Piala Negara Afrika 2023.

Dia mempersoalkan tindakan pengurus kerana menurutnya, ‘Apa gunanya saya terbang ke sini pakai jet peribadi?’

Onana mendedahkan dia sanggup terbang dengan jet peribadi yang disewa khas semata mata mahu cepat sampai di Ivory Coast untuk beraksi aksi pertama tersebut.

Sebelum ini Onana meminta pelepasan khas daripada Cameroon supaya dia tidak perlu melapor diri awal ke kem pasukan kebangsaan.

Ini kerana dia mahu bermain satu lagi perlawanan EPL penting melibatkan Man United menentang Spurs pada Ahad lalu. Di mana aksi berakhir seri 2-2.

Onana dikatakan berat hati meninggalkan United dan pada masa yang sama mahu bermain bersama Cameroon.

Selepas aksi Ahad lalu dia terus ke lapangan terbang John Lennon Airport di Liverpool dan menaiki jet peribadi.

Malangnya dia tak dapat diturunkan dalam aksi pertama melibatkan Cameroon setelah menempuh perjalanan sejauh 5,000 batu dalam penerbangan selama 3 jam.

Lebih mengecewakan Onana, namanya langsung tiada dalam senarai skuad sekalipun termasuk di bangku simpanan.

Rigobert Song – pengurus Cameroon – memutuskan untuk menurunnkan Fabrice Ondoa, sementara Devis Epassy dan Simon Ngapandouetnbu di bangku simpanan.

Onana yang bengang dikatakan terpaksa ditenangkan oleh bekas penyerang Liverpool dan Senegal, El Hadji Diouf yang kini menjadi pembantu Song.

Diouf menjelaskan kenapa pengurus tidak menyertakan namanya dalam skuad. Antaranya, pengurus risau itu akan mendedahkan Onana kepada risiko kecederaan.

Seterusnya, Cameroon sudah berlatih taktikal untuk aksi pertama itu dengan Onana tidak bersama mereka.

Onana malah mungkin akan direhatkan untuk aksi kedua sekalipun. Bergantung kepada perkembangan dia bersama pasukan di latihan.

Ini ditambah penerbangan Onana ketika itu terpaksa ditangguhkan  / delayed kerana cuaca buruk.

Onana berkata dengan suara agak tinggi pada masa itu: “Kalau saya tak boleh bermain atau berada dalam pasukan sekalipun, jadi, apa gunanya saya datang ke sini dengan jet peribadi?”

Perkara itu benar benar meresahkan peminat Cameroon. Kerana Onana dan Song sebelum ini pernah bertelagah ketika berada di Qatar 2022, dalam Piala Dunia.

Song ketika itu memarahi Onana kerana suka mengekalkan bola lama di kakinya dan suka menghantar bola rendah kepada pertahanan.

Onana pula bengang disuruh bermain sistem long ball dari bawah. Yang membuatkan mereka bercakaran soal taktikal.

Song kemudian mengingatkan Onana bahawa ketika ini, Song adalah pengurus dan taktikal adalah ditentukan jurulatih bukannya Onana.

Onana masih mempertahankan pendapatnya dan akhirnya dia disisihkan untuk aksi kedua. Onana yang marah terus meninggalkan kem Cameroon dan mengumumkan persaraannya.

Ternyata selepas itu Cameroon mendapat keputusan yang baik. Namun Onana masih percaya bahawa dia tak akan mengubah prinsipnya.

Musim ini, Onana dan Song akhirnya berbaik semula dan dia dipanggil semula ke skuad kebangsaan. Namun dalam tugasan pertama dia di kejohanan besar selepas kembali, berlaku pula insiden Onana tak puas hati namanya tiada dalam pasukan untuk aksi pembukaan.

Dalam aksi pertama menentang Guinea, pasukan Cameroon terikat 1-1.