Penjaga gol Manchester United Andre Onana bersedia untuk membuat pusingan U mengenai ketersediaannya di Piala Negara-Negara Afrika, menurut laporan.
Andre Onana telah dipilih dalam kejohanan 27 pemain Cameroon. Dia sebelum ini berjanji akan bersama pasukannya sebaik sahaj selesai tugasan Piala FA menentang Wigan. Di mana Onana membantu United menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.
Onana juga sudah setuju bahawa dia akan melapor diri sebelum 14 Januari kerana aksi pertama Cameroon di Piala Afrika adalah pada 15 Januari 2024.
Kini Onana membuat u turn lagi dan mahu menangguhkan penyertaannya dalam skuad Cameroon lebih lewat. Dia mahu terlibat dalam aksi EPL antara Manchester United dan Tottenham Hotspur pada 14 Januari akan datang.
Cameroon menentang Guinea dalam perlawanan pertama kumpulan mereka pada 15 Januari dan Onana berharap dapat beraksi dalam kedua-dua perlawanan walaupun ianya dilihat agak sukar untuk dilaksanakan.
Bagaimanapun, iNews percaya dia mungkin terlepas perlawanan pertama selepas perbincangan antara United dan Cameroon FA.
Dia mungkin hanya akan beraksi pada perlawanan kedua peringkat kumpulan. iNews turut memberikan pandangan bahawa, masih ada kemungkinan Onana tidak akan beraksi dalam Piala Afrika.
📅 𝟭𝟰𝘁𝗵 𝗝𝗮𝗻 🆚 Tottenham ⚪️
📅 𝟭𝟱𝘁𝗵 𝗝𝗮𝗻 🆚 Guinea 🇬🇳Andre Onana could be set to play two games in 24 hours later this month after reaching an agreement with Man Utd and Cameroon over his travel plans for AFCON 🛫😳 pic.twitter.com/o1qOrQpivf
— LiveScore (@livescore) January 4, 2024
Kerana situasi ketika ini, Onana benar benar mahu membantu kelabnya untuk memperbaiki prestasi terutama sekali selepas sokongan yang dia terima daripada pengurus dan rakan sepasukan walaupun permulaan sukar bersama United.
Bekas pemain Inter Milan itu telah bersara daripada bola sepak antarabangsa berikutan pertengkaran dengan pengurus Rigobert Song tetapi telah didakwa bahawa kepulangannya pada Ogos datang berikutan tekanan daripada presiden Cameroon.
Song dan Onana sudah berbaik baik semula. Dan pemain itu diumumkan sebagai penjaga gol no.1 negaranya sekali lagi.
Andre Onana will NOT play for Cameroon in their opening AFCON fixture 🇨🇲✈️
The goalkeeper has prioritised his future at Man Utd and their clash with Tottenham on Sunday 🔴
Full story ⬇️https://t.co/zzskgtuW21 pic.twitter.com/sFOQra3mmO
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 9, 2024
Selepas perlawanan Spurs, United tidak beraksi sehingga 27 Januari dan dia mungkin tidak akan terlepas sebarang perlawanan kelab jika Cameroon tersingkir daripada peringkat kumpulan.
Cameroon telah diletakkan dalam Kumpulan C bersama Guinea, Senegal dan Gambia.
Satu laporan lebih liar menyebut bahawa Onana keberatan untuk pergi ke kejohanan itu kerana bimbang penjaga gol pilihan kedua Altay Bayndir akan menggunakan kesempatan itu untuk merampas kedudukannya sebagai no.1.
Bayindir menyertai United dengan perpindahan £4.3 juta dari Fenerbahce pada musim panas tetapi masih belum membuat penampilan sulung di United setakat ini.
Onana telah bermain setiap minit dalam setiap perlawanan dalam semua pertandingan, membuat 29 penampilan.