One Nite In Mongkok: Kisah Pembunuh Upahan Kampung Dibantu Gadis Lorong

Filem ini berada dalam salah satu movie Hong Kong yang aku suka. Memula aku layan movie ni dulu sebab nama Cecelia Cheung.

Namun berbaloi-baloi kerana filem ini sangat power.

Ianya berkisarkan kisah polis yang diketuai oleh Milo lakonan Alex Fong. Mereka mendapat tahu ada kumpulan samseng yang mahu menuntut bela selepas ada ahli kumpulan mereka mati.

Filem ni ada 2 perkembangan plot yang sangat kuat. Kalau korang rasa nak fokus kepada plot lebih condong ke cerita kepolisan, ia sangat menarik.

Dan jika anda mahu lebih melihatnya pada sebelah satu lagi iaitu berdasarkan si pembunuh upahan dan gadis jalanan, pun boleh. Dan masih sangat bagus.

Garis masa fllem ini berlaku dalam 1 malam. Dan peminat akan disuapkan dengan peristiwa pada hari sebelum dengan flash back.

Ada pembelotan di dalam kumpulan itu yang membawa kepada ketua gangster si Tim – mengarahkan Liu mencari pembunuh upahan membunuh bos kongsi gelap satu lagi.

Masalah si Liu ini – dia telah ke tanah besar dan mengupah orang kampung dia si Lai Fu (Daniel Wu). Lai Fu seorang yang tak pengalaman membunuh orang. Dia ada skill menembak tetapi tiada pengalaman untuk tugasan pembunuh upahan secara profesional.

Liu adalah manusia yang menganggap hidupnya ‘nothing to lose’. Ianya kisah manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengubah nasib hidup mereka dan untuk terus hidup di lorong hitam di Hong Kong.

Liu datang ke Hong Kong dan menginap di sebuah hotel di Mongkok. Hotel murah itu adalah sarang pelacur dan di situlah dia bertemu dengan Cecelia Cheung.

Mereka menjadi rapat selepas Lai Fu menumbuk seorang lelaki yang memaksa Dan Dan (Cecelia Cheung) sevis dia. Si Dan Dan tak nak sebab datang bulan – kalau tak silap.

Dan Dan juga seperti si Lai Fu – pendatang dari Tanah Besar China yang membawa impian mencari wang di Hong Kong dan membawa wang balik ke negaranya.

Pada masa yang sama Lai Fu memang nak ke Hong Kong kerana mahu mencari cinta hatinya yang ada di sana. Nia nak bawak balik Sue.

Tetapi Liu tadi jatuh ke tangan polis – Milo – dan dia memberikan beberapa informasi kepada polis. Tetapi kumpulan kongsi gelap ni sangat licik dan sentiasa mampu terlepas.

Lai Fu berhadapan dengan satu garis masa di mana segalanya penuh konflik. Polis mencari dia dan dia pula perlu mencari sasaran yang ditetapkan. Pada masa yang sama dia juga mulai diganggu oleh lelaki yang dia pukul tadi.

Pada masa yang sama dia buta huruf dan berkomunikasi dalam telefon dengan memberitahu warna kedai dan sebagainya. Cecelia Cheung banyak membantu dia.
Dan Dan kemudian dapat tahu si Lai Fu ini sebenarnya hitman.

Dan Dan melihat si Lai Fu terlalu baik untuk menjadi pembunuh upahan dan cuba meminta Lai Fu agar tidak meneruskan misi dia nak bunuh orang.

Dalam misi mereka – Milo menerima pegawai baru yang merupakan anak kepada mentornya. Lupa aku nama dia. Aku pakai nama anak polis la selepas ini.

Dalam usaha pasukan polis diketuai oleh Alex Fong menjejak si Daniel ini – ada satu peristiwa anak polis ni tertembak yang salah. Polis mulai panik dan cuba mereka sebab kematian orang mereka tembak itu dengan meletakkan dadah dalam bilik.

Filem ni juga mengembangkan beberapa karakter polis. Kita selalu menganggap jenis polis yang nampak ganas tu jahat dan sampai hati. Dan jenis muka jambu tu jenis lembut.

Tapi di sini paparan dia sangat baik.

Si anak polis tu tadi ada satu tabiat buruk di mana dia terlalu cepat nak keluarkan pistol dan melepaskan tembakan kepada penjahat.

Milo sangat tak suka dengan benda tu. Kerana menurut Milo pula – orang yang mereka tembak itu adalah manusia dan jangan terlalu mudah nak membunuh orang.

Kembali kepada kisah si Daniel Wu. Dia kemudian perlahan-lahan terpengaruh dengan pujukan si Dan Dan. Liu mulai merasakan sebenarnya hidup dia ada makna dan bukannya nothing to lose.

Tetapi bagaimanakah dia nak mengubah keadaan?

Filem ini mendapat banyak kritikan di China dan Hong Kong. Cecelia Cheung menggunakan stereotaip “Bagaimana mereka panggil tempat ini Hong Kong (perlabuhan wangi), sedangkan bau tempat ini sangat busuk”.

Dipaparkan juga sikap orang Hong Kong yang suka merendahkan orang tanah besar China termasuk mengejek si Lai Fu yang tak reti sebut panadol.

Namun filem ini memenangi banyak juga anugerah. Cerita ini best dan korang cuba la cari sendiri.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.