ONE167: Hasrat Jojo Nak Kutip Kemenangan Keenam Berturut Turut Tak Kesampaian

Hasrat Johan Ghazali untuk melanjutkan rekod kemenangan kepada 6 kemenangan berturut turut tidak kesampaian.

Ini apabila hasratnya disekat oleh petarung 35 tahun asal Vietnam iaitu Nguyen Tran Duy Nhat pada aksi ONE167 di Impact Arena Bangkok.

Sebelum ini Jojo memiliki rekod 4 kemenangan KO daripada 5 kemenangan yang dia capai. Rekod cemerlang itu menjadikan dia petarung termuda yang mendapat kontrak AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Sepanjang pertarungan, kedua dua petarung menggunakan strategi yang sangat berbeza. Jojo tampil dengan pendekatan lebih agresif. Sementara Nguyen Tran Duy Nhat pula lebih pasif dan bermain dengan banyak aksi mengelak daripada pertarungan terlalu terbuka.

Johan Ghazali pada satu ketika dilihan memanggil lawannya itu untuk berada lebih dekat untuk pertarungan yang lebih terbuka dan menarik. Malangnya itu tidak dilayan oleh petarung veteran Vietnam itu.

Kedua dua petarung menamatkan pertarungan tanpa sebarang KO dicatatkan. Hasil daripada undian juri pula, juri sebulat suara memilih Nguyen Tran Duy Nhat sebagai pemenang.

Walaupun kelihatan kecewa namun Jojo menerima kekalahan pertamanya itu dengan tenang ketika keputusan diumumkan.

Ramai peminat memberikan sokongan kepada Jojo agar dia bangkit dan belajar sesuatu daripada kekalahan ini. Apa yang pasti ramai juga juga berpendapat bahawa, Tran Duy Nhat menggunakan pengalamannya sebaik mungkin.