O’Neal Kepada Anak Anaknya: “Nak Harta Saya, Tunjukkan 2 Ijazah Kamu”

Shaquille O’Neal bukan nama asing dalam arena sukan dunia. Dia merupakan legenda bola keranjang NBA.

Namun ada satu kisah menarik tentang Shaquille O’Neil dalam dunia pelaburan. Di mana dia telah menjana pulangan $280 juta daripada perlaburan $250,000.

Dan strategi pelaburannya sama dengan billionaire Jeff Bezos.

Bagaimana? Dan di mana dia melabur?

Pada 1999, Shaq mendominasi arena bola keranjang. Dalam masa 3 tahun kemudian dia memenangi kejuaran berganda bersama Lakers. Selain cemerlang di atas gelanggang, dia juga cemerlang di luar gelannggang.

Selepas tamat musim tersebut, Shaq bermain kad di Beverly Hills Hotel. Dan dia terdengar 2 orang usahawan berbincang tentang topik inovasi. Dia mendengar mereka sedang menyebut tentang enjin carian, tentang manusia yang akan menaip di telefon pintar dan juga memiliki internet di dalam poket masing masing.

Ketika itu, perkara tersebut masih asing dan sangat mahal.

Mendengarkan idea tersebut, Shaq berminat dan terus pergi ke arah mereka. Dan bertanya: “Boleh tak kamu ulang balik perbincangan kamu tadi?”

O’Neal pernah menyatakan bahawa dia sebenarnya percaya kepada deria keenamnya tanpa sebab pada masa tu. Nalurinya berkata itu adalah pelaburan yang bagus. Dia terus melaburkan wangnya ke situ.

Dua usahawan tersebut menawarkan Shaq tempat duduk dan membentangkan idea mereka.

Shaq dan rakan niaganya melabur dalam Series A milik Google. Yang ketika itu bernilai sekitar $100 juta sahaja.

O’Neal berkongsi pengalaman tersebut: “Saya sebenarnya mengasuh anak anak mereka ni ketika mereka sedang berbincang masa itu. Lepas pertemuan itu, mereka kata kepada saya: ‘Kamu tahu tak, kamu pandai la jaga budak’. Saya akan bawa kamu dalam pelaburan ini.”

“Dan ianya dipanggil Google. Dia kata kepada saya, ‘kamu nak tahu tak, pada masa akan datang, kamu boleh menaip apa sahaja di telefon kamu, kemudian guna enjin carian, buat itu, ini, boom boom boom, kamu harus melabur’.”

“Saya pun berkata, ok saya akan melabur kat benda ni.”

“Selepas beberapa tahun, saya mendapat pulangan yang sangat besar.”

O Neal seorang yang bijak mengurus wangnya

Menurut kenalan yang rapat dengannya, O’Neal memang seorang yang bijak menguruskan wangnya. Di kala ramai pemain pemain lain sebayanya dulu membazirkan wang mereka, O’Neal dikatakan berpegang pada prinsip hanya 25% sahaja untuk dibelanjakan dan 75% adalah untuk disimpan untuk hari tua kelak.

Ramai pemain pada eranya yang pokai bila dah tua kerana perbelanjaan terlalu tinggi dan kemudian wang simpanan habis. O Neal tidak mahu perkara itu berlaku kepadanya.

Seterusnya dalam satu wawancara dengan Ellen, dia menegaskan bahawa, dia mencari duit untuk keluarga dan bukannya semata mata untuk diri sendiri.

“Saya ada enam anak untuk disara. Mereka sekarang tinggal di tempat yang selesa.”

Kemudian dia berpesan kepada anaknya, tidak seorang pun daripada mereka yang boleh menyentuh wangnya. Kecuali menepati syaratnya.

“Peraturan saya paling mereka tahu adalah, jangan sesekali sentuh ‘cheese’ saya.”

Cheese merujuk kepada wang.

“Kalau kamu nak merasa ‘cheese’ saya, tunjukkan saya dua ijazah kamu dulu.”

“Saya sebagai ayah, saya tak boleh sewenang wenang memberikan mereka wang begitu sahaja. Nakkan duit mereka kena usaha dan berikan saya ijazah dan kemudian master.”

Ellen kemudian bertanya: “Jadi, jika mereka tidak menepati syarat itu, nama mereka tak akan berada dalam senarai pewaris harta kamu.”

“Tepat sekali,” kata O’Neal.

Dia tidak mahu anak anaknya terleka dengan kehidupan mewah hasil wang ayah mereka. Dia mahu anak anaknya berdikari sendiri kerana selepas ini mereka akan bertanggungjawab kepada keluarga mereka sendiri pula.

Berbalik kepada kisah O’Neal dan Google..

Pada 2021, Google menjana keuntungan $257 billion dan bernilai $1.97 trillion. Ia memberikan pulangan lumayan kepada semua pelaburnya, termasuk Shaquille O’Neal.

Lebih padu, Shaq masih ada pegangan saham di sana. Shaq pernah mengakui dia sendiri pernah terlupa bahawa dia ada melabur dalam Google ketika melihat syarikat itu disenaraikan dalam IPO di TV.

Tuah pelabur baru?

Apa sahaja gelarannya, Shaq sebenarnya telah memilih pelaburan yang bijak. Terutama sekali dia merupakan seorang atlet yang kaya raya, dan boleh sahaja dia tak memikirkan soal melabur.

Jadi, apa kaitannya dengan Jeff Bezos?

Sebenarnya, Bezos juga melabur dalam saham yang sama pada ketika Google baru naik. Dia juga melabur $250,000.

Jadi, apa persamaan mereka berdua dalam memilih pelaburan? Mereka memilih untuk melabur dalam inovasi yang boleh mengubah hidup manusia lain. Dan Google antara syarikat yang berjaya melakukannya.

Pada hari ini Shaquille O’Neal memiliki kekayaan sekitar $400 juta dan masih ada pegangan saham dalam Google.

Dia yang sudah bersara, kini menikmati hasil pelaburan yang dia buat ketika masih berada di kemnuncak kariernya. Secara tak langsung dia menikmati wang persaraan setiap hari.