Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyatakan dia agak terkilan dengan perubahan format kelayakan AFC yang diubah pada saat akhir oleh MFL telah membuatkan pasukannya gagal ke piala tersebut.
Sabah tewas 3-0 dalam aksi terakhir Liga Super di tangan JDT semalam. 3 gol JDT adalah dihasilkan oleh Bergson Da Silva (2 gol) dan Arif Aiman.
Dengan Terengganu mencatatkan kemenangan di Kedah, maka Sabah kehilangan tempat kedua dalam saingan Liga Super pada hari terakhir liga.
Walaupun agak terkilan dengan kegagalan mara kerana perubahan format kelayakan oleh MFL, Datuk Ong Kim Swee pada masa yang sama menyatakan bahawa dia dan anak anak buahnya tidak berputus asa untuk cuba mara ke Piala AFC menerusi slot Piala Malaysia.
Juara piala Malaysia selain JDT, boleh mara ke Piala AFC musim hadapan. Namun jika JDT atau Terengganu yang juara, Sabah boleh layak dengan status pasukan tangga ketiga dalam Liga Super.
Ini kerana Terengganu sudah memiliki slot Piala AFC dengan kedudukan naib juara Liga Super.
#johorbahru Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee enggan berputus asa dan tetap dengan sasaran membawa pasukan itu ke pentas Piala AFC pada musim depan dengan merebut slot terakhir di saingan Piala Malaysia yang akan menyingkap tirainya minggu ini. https://t.co/PsgOPr5sRv
— Harian Metro (@hmetromy) October 16, 2022
Berkongsi kepada wartawan tentang apa yang berlaku ketika dia mula menggalas tugasan di Sabah. Pengurusan Sabah menetapkan bahawa dia harus membimbing Sabah berada dalam kelompok 5 teratas.
Namun bekas pengendali Harimau Malaya itu tetap meletakkan sasaran peribadinya.
Dipetik dari Harian Metro, Ong Kim Swee menjelaskan: “Jika bukan kerana kekeliruan pasukan mana yang akan layak ke Piala AFC, saya rasa hari ini, saya, pihak pengurusan dan pemain sudah bersorak kegembiraan berbanding berada dalam situasi ini.”
Dia merujuk kepada kejayaan Sabah menamatkan saingan di tangga ketiga dan mara ke Piala AFC berdasarkan format slot kelayakan sebelum hari terakhir Liga Super.
“Sepatutnya kita sudah layak sekiranya tidak ada masalah di saat terakhir,” tegas beliau lagi.
Dan seterusnyta, Datuk Ong Kim Swee menyatakan bahawa mereka belum berputus asa kerana mereka masih ada Piala Malaysia untuk diharungi. Dan Piala Malaysia menawarkan 1 tempat ke Piala AFC.
Adakah Sabah akan berjaya meraih slot ke Piala AFC?