Oppa Jung Kook BTS Beraksi Pada Majlis Perasmian Piala Dunia 2022 Di Qatar

Acara bola sepak paling berprestij di dunia, Piala Dunia, akhirnya akan dirasmikan pada hari ini. Qatar merupakan penganjur untuk Piala Dunia 2022.

Qatar menjadi penganjur pertama dari Asia yang menganjurkan Piala Dunia sebagai hos tunggal. Kerana sebelum ini Korea Selatan dan Jepun menjadi penganjur bersama.

Ini juga merupakan Piala Dunia pertama diadakan pada musim sejuk di Eropah. Selain itu, Piala Dunia 2022 di Qatar adalah Piala Dunia terakhir dengan 32 pasukan kerana selepas ini FIFA akan menggunakan format 48 pasukan. Tak pasti la dia u turn pada dekad mendatang.

Setiap kali Piala Dunia, antara perkara yang turut menjadi perhatian pastinya acara pembukaan.

Siapa akan lupa acara pembukaan di AS di mana Diana Ross merembat bola ke lain.

Qatar pilih Jung Kook

Untuk Qatar 2022, acara pembukaan akan menyaksikan penyanyi K-pop sensasi, Jung Kook daripada kumpulan BTS akan membuat persembahan pada acara tersebut.

BTS merupakan salah sebuah band yang sangat terkenal di dunia. Malah menjadi kumpulan Kpop paling berjaya dalam sejarah. Dan antara yang paling berpengaruh di dunia pada ketika ini.

Jung Kook kini akan menjadi antara nama yang akan menghiasi Piala Dunia 2022. Dengan suaranya akan berkumandang menerusi lagu Dreamers.

Laman rasmi FIFA World Cup turut memuat naik video pendek dengan berkata: “Jumpa anda pada acara pembukaan.”

Sebelum ini Jung Kook BTS sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan single baharu sebagai sebahagian daripada runut bunyi Piala Dunia FIFA 2022.

Jung Kook akan mempersembahkan lagu baharu itu pada majlis perasmian Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Video muzik untuk “Dreamers” akan diterbitkan di saluran YouTube rasmi FIFA.

Lagu akan datang menyertai lagu lagu rasmi lain untuk runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022, termasuk “Tukoh Taka” oleh Nicki Minaj, Maluma dan Myriam Fares, serta  lagu “Hayya Hayya (Better Together)” oleh Davido, Trinidad Cardona dan Aisha.

Video “Dreamers” akan dikeluarkan pada 20 November 2022, pada hari yang sama dengan Piala Dunia FIFA 2022 bermula — dengan upacara pembukaan dan perlawanan negara tuan rumah Qatar menentang Ecuador.

Sebanyak 32 pasukan akan menyertai Piala Dunia. Dengan hanya ada satu juara dinobatkan pada final 18 Disember akan datang.

Kesemua pasukan  sudah berkampung di Qatar untuk berentap antara satu sama lain.

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.