Oppo Ace dilancarkan pada Oktober 2019. Dan di antara telefon dengan pengecasan pantas paling padu di dunia. Dengan kapasiti bater 4,000 mAh, Oppo Ace mengecas dari 0 – 100% dalam masa 30 minit.
Kini Oppo mengeluarkan Oppo Ace 2 dengan pengecasan pantas tanpa wayar yang dipanggil AirVOOC charger dengan kapasiti 40W.
Pengecas tanpa wayar ini mampu mengecas bateri 4,000 mAh dari 0-100% dalam masa 56 minit.
Oleh itu, port pengecasn tanpa wayar ini turut dilengkapi dengan kipas khas bersamanya.
Oppo Ace 2 juga menyokong pengecasan dengan wayar 65W. Di mana korang boleh memenuhkan bateri dari 0-100% dalam masa kurang 30 minit sahaja.
Namun belum ada ujian dilakukan oleh penganalisis telefon pibtar. Jika benar, maka ini akan membuatkan Oppo Reno Ace 2 sebagai telefon pintar paling laju untuk dicaj – di dunia.
#Oppo Ace 2 unboxing video pic.twitter.com/AOcWCbKfxL
— technical mp (@Monu19804514) April 13, 2020
Pesaing mereka pastinya Huawei’s P40 Pro+, yang turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 40W. Namun ianya tidak ada servis google.
Oppo Ace 2 nampak padu juga:
- 6.5-inch AMOLED screen with a 90Hz refresh rate,
- Qualcomm Snapdragon 865 processor
- 8/12GB of RAM, 128/256GB of storage,
- 48/8/2/2-megapixel quad rear camera
- 16-megapixel selfie camera.
Namun ianya tidak ada jack untuk headphone serta hanya pakai speaker mono sahaja.
Oppo Ace 2 akan dilancarkan apda 20 April ini. Di China harganya dijual:
8+128GB: 3,999 Yuan (RM2,471)
8+256GB: 4,399 Yuan (RM2,717)
12+256GB: 4,599 Yuan (RM2,841)
Pra tempah untuk Oppo Ace sudah dibuka.