Oppo Ace 2, Cas Penuh Kurang 30 Minit (Wired), 56 minit (Wireless)

Oppo Ace dilancarkan pada Oktober 2019. Dan di antara telefon dengan pengecasan pantas paling padu di dunia. Dengan kapasiti bater 4,000 mAh, Oppo Ace mengecas dari 0 – 100% dalam masa 30 minit.

Kini Oppo mengeluarkan Oppo Ace 2 dengan pengecasan pantas tanpa wayar yang dipanggil AirVOOC charger dengan kapasiti 40W.

Pengecas tanpa wayar ini mampu mengecas bateri 4,000 mAh dari 0-100% dalam masa 56 minit.

Oleh itu, port pengecasn tanpa wayar ini turut dilengkapi dengan kipas khas bersamanya.

Oppo Ace 2 juga menyokong pengecasan dengan wayar 65W. Di mana korang boleh memenuhkan bateri dari 0-100% dalam masa kurang 30 minit sahaja.

Namun belum ada ujian dilakukan oleh penganalisis telefon pibtar. Jika benar, maka ini akan membuatkan Oppo Reno Ace 2 sebagai telefon pintar paling laju untuk dicaj – di dunia.

Pesaing mereka pastinya Huawei’s P40 Pro+, yang turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar  40W. Namun ianya tidak ada servis google.

Oppo Ace 2 nampak padu juga:

  • 6.5-inch AMOLED screen with a 90Hz refresh rate,
  • Qualcomm Snapdragon 865 processor
  • 8/12GB of RAM, 128/256GB of storage,
  • 48/8/2/2-megapixel quad rear camera
  • 16-megapixel selfie camera.

Namun ianya tidak ada jack untuk headphone serta hanya pakai speaker mono sahaja.

Oppo Ace 2 akan dilancarkan apda 20 April ini. Di China harganya dijual:

8+128GB: 3,999 Yuan (RM2,471)
8+256GB: 4,399 Yuan (RM2,717)
12+256GB: 4,599 Yuan (RM2,841)

Pra tempah untuk Oppo Ace sudah dibuka.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil