Oppo Reno3 Pro Dilancarkan Di India, 44 – 2 MP Dual Kamera Selfie

Siri Oppo Reno diteruskan dengan pelancaran versi Oppo Reno 3 pro. Biasalah Oppo. Kalau boleh nak tiap minggu ada telefon baru keluar.

Ini maknanya apa? Ya, Oppo Reno2 versi sirip yu pada kamera Selfie depan tu akan turun harga selepas dia turunkan harga Oppo Reno2f.

Oppo menyatakan Reno3 ni memang versi untuk selfie. Kamera selfie dia 44MP bang oi. Selfie clear habis bulu hidung korang. Boleh selfie dengan nyamuk sekali.

Oppo Reno3 Pro baru sahaja dilanxadkan di India pada Januari. Dan akan tersedia untuk dipasarkan secara global tak lama lagi.

Kemaskini pertama akan dikeluarkan pada 5 Mac ini.

Fungsi kamera selfie dia ada berbentuk 2 kamera dengan 44/2 megapixel. Membolehkan korang selfie dekat tempat gelap supaya nampak terang benderang.

Reno3 Pro dikuasakan an octa-core Mediatek P95 processor, yang aku rasa ok lah walaupun tak sepower Qualcomm Snapdragon.

Saiz skrin dia 6.4-inch, Super AMOLED display, 8GB RAM dengan dua pilihan
storan 128/256GB.

Kamera belakang dia dengan sensor kamera utama adalah 64-megapixel dan 13-megapixel telephoto camera. Tak cukup kan? Ada lagi, 8-megapixel ultra-wide.

Tak cukup lagi? Ok ada kamera mono sensor 2 megapixel.

Saiz bateri dia tak jauh beza dengan Reno2 iaitu 4,025 mAh. Boleh dicaj dengan Oppo ultra-fast, 30W. Wired sahaja ye, tiada versi wireless.

Namun di China Reno3 adalah lebih power dengar kata.

Oppo Reno3 Pro di India diumumkan berharap $420 (kira kira RM1,680.00. Manakala untuk versi 8/256GB pula $452 – dalam RM1,808.00.

Oppo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Oppo Reno3 di Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika Utara dan juga Eropah Timur.