Pernahkah anda terfikir bagaimana statistik dalam perlawanan bola sepak dikumpul? Ada 2 pemain besar di dalam industri bola sepak untuk statistik ini iaitu Opta dan Prozone.
Jika anda seorang penggemar statistik dan pengikut setia lama seperti Whoscored dan Squawka, anda pastinya kenal sangat dengan nama Opta ini.
Kini banyak perisian ‘live score’ yang menggunakan data ringkas daripada opta menunjukkan jumlah hantaran dan ‘heatmap’.
Mereka akan mengumpul data yang sangat teliti termasuk hantaran tepat, sentuhan (touches), duel udara yang berjaya, gelecekan berjaya dan banyak lagi.
Kamera sahaja tidak boleh memproses semua statistik ini. Jadi syarikat seperti Opta mengupah ramai pekerja yang terdiri daripada peminat bola sepak yang cakna tentang aspek teknikal dalam bola sepak.
Agak menakjubkan kerana ramai pekerja mereka adalah pekerja separuh masa yang tidak bekerja di hujung minggu pada hari perlawanan.
Pekerja mereka akan mengadap komputer sambil meneliti setiap aksi di dalam perlawanan. Untuk mendapatkan kepastian mereka dengan cekap mengulang semua detik detik tertentu. Misalnya untuk memastikan sama ada ia adalah gelecekan yang berjaya ataupun tidak.
Data ini dimasukkan terus ke dalam pangkalan data mereka dan dalam beberapa minit akan dapat kepada badan penyiar yang membayar perkhimatan mereka. Untuk pengguna telefon pintar, ianya terus ke hujung jari kita semua.
Data inilah yan ditunjukkan di monitor tv untuk dilihat oleh penonton dan diulas oleh pengulas perlawanan.
Apa yang pasti, pekerja-pekerja opta ini memberikan pengalaman menonton bola sepak yang luar biasa berbanding dengan sebelum 2003. Iaitu sebelum adanya opta.
Terdapat sekitar 1,600 – 2,000 data nombor dijana oleh perisian khas opta. Misalnya pekerja memasukkan Pogba melakukan 1 hantaran panjang tepat kepada Lukaku. Data yang dijana adalah:
– 1 hantaran panjang
– 1 hantaran tepat
– Jumlah hantaran keseluruhan
– Jumlah hantaran tepat/hantaran keseluruhan
– Peratusan hantaran tepat
– Jarak hantaran
– Purata jarak hantaran
– Jumlah hantaran di antara Pogba dan Lukaku
– adakah ia hantaran kunci
..dan banyak lagi jenis data yang dikeluarkan hanya kerana 1 hantaran panjang tersebut.
Opta semakin mendapat sambutan
Dalam sebuah liga di Eropah yang membayar perkhidmatan Opta, pihak Opta akan menempatkan sekurang-kurangnya 350 pekerja yang kebanyakannya separuh masa untuk menganalisis data semusim dalam liga tersebut.
Dalam satu musim, Opta memproses data lebih 14,000 perlawanan bola sepak dalam semusim melibatkan liga-liga di seluruh dunia termasuk Eropah, Amerika dan kini Asia.
Chinese Super League antara negara Asia pertama setakat ini yang membayar Opta untuk liga mereka.
Opta telah banyak membantu bukan sahaja penonton dan pengulas malah digunakan oleh penganalisis bola sepak dan jurulatih di dalam menilai pemain mereka dan juga potensi pemain yang berada dalam pemantauan mereka.
Penganalisis bola sepak boleh menggunakan data opta untuk berhujah tentang sesuatu pasukan. Misalnya, kenapa Spurs boleh menjadi pesaing liga pada musim lalu.
Mereka juga boleh menjelaskan sama ada sesebuah pasukan tersebut bermain terlalu banyak hantaran tinggi ataupun hantaran lolos.
Sejarah pembentukan Opta Stats
Seorang pekerja opta, Petitt berkongsi pengalaman beliau yang mula bekerja dengan opta sejak 2001. Ketika itu, opta menggunakan pita VCR. Kini Petitt sudah menjadi pegawai tetap di dalam Opta.
“Saya rindu juga dengan saat kami menggunakan VCR. Lenguh tangan menekan butang ulang semula dan menggunakan pen untuk memasukkan data di dalam kertas.”
Ianya berbeza dengan hari ini apabila tugas mereka lebih mudah dengan komputer dan juga perisian khas yang digunakan untuk mereka menganalisis data dalam perlawanan.
Seorang lagi bekas pekerja Opta, Khalid Hussain yang bekerja di UK berkata:
“Saya suka menganalisis data seperti Barcelona. Saya pernah bekerja menganalisis 10-15 perlawanan dalam seminggu. Tugas saya lebih kepada pasukan Arsenal.”
“Saya pernah bertugas menganalisis 6 perlawanan dalam sehari. Saya pulang ke rumah dalam keadaan teruk sekali.”
Kini Hussain tidak lagi menganalisis perlawanan sebaliknnya beliau suda bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Opta untuk jawatan sepenuh masa.
Dalam pasukan analisis mereka, Opta turut memiliki ramai pekerja wanita. Namun majoritinya sudah pastinya lelaki yang berusia 18-24 tahun.
Pekerja yang mahu bekerja dengan mereka boleh memohon dengan ibu pejabat opta di setiap negara yang ada melanggan perkhidmatan mereka.
Kerja opta kena tengok bola
Syarat utama sudah pastinya suka menonton perlawanan bola sepak. Kemudian perlu ada pengetahuan yang bagus dalam aspek teknikal bola sepak.
Opta akan memberikan kelas dan latihan berterusan kepada pekerja-pekerja mereka. Calon akan dilatih untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai bola sepak dan koordinasi tangan menggunakan perisian Opta.
Mereka perlu menaip dengan cepat dengan tangan kiri tanpa melihat papan kekunci. Hussain berkata:
“Kami memberi mereka ujian lima jam, dan memilih hanya yang terbaik.”
“Untuk latihan, mereka akan melakukan analisis permainan yang sama berulang kali selama dua atau tiga hari.”
“Jika anda seorang pemain playstation, pada asasnya anda sudah memiliki asas yang baik. Anda harus fikirkan yang jari anda berada di kaki pemain bola sepak.”
“Paling menyeronokan apabila data anda digunakan oleh pemantau bakat.”
Walaupun kini, pesaingan mereka seperti Prozone menggunakan kamera khas yang membantu mereka menjana data pemain secara automatik.
Pihak Prozone menganggap mereka jauh lebih komprehensif dan cepat dalam menghasilkan data secara langsung.
Namun Opta percaya data yang mereka mereka hasilkan adalah lebih jitu dengan penganalisis mereka berbanding dengan kamera penjejak yang digunakan oleh Prozone dan juga SportsVU (NBA).
Ini kerana kamera Prozone tidak boleh membezakan beberapa aksi pemain di dalam padang, sama ada pemain sedang melakukan cubaan gol ataupun hantaran yang berjaya ditangkap penjaga gol.
Misalnya menerusi data digital, pemain terakhir yang menghantar bola yang masuk ke gol adalah dikira pembekal assist.
Tetapi menerusi opta yang disaksikan manusia ini, mereka anak menilai sama ada hantaran itu assist ataupun hantaran itu terbias pada pemain lain atau tiang gol dahulu, maka itu bukan assist.
Opta kini menempatkan ramai pekerja yang terdiri daripada jurulatih. Pegawai Opta, Aidan Coonte berkata:
“Orang mahukan analisis. Itu memerlukan set data holistik, yang hanya boleh kami sampaikan.”
Bagaimana data dikumpul?
Pengarah urusan Opta, Simon Banoub berkongsi bagaimana mereka mengumpulkan data.
“Kami mempunyai pusat pengumpulan data di seluruh dunia. Untuk setiap perlawanan, kami mempunyai tiga pekerja yang menggunakan perisian khas, yang meletakkan video langsung pada grafik padang: seorang akan menonton pasukan tuan rumah, yang seorang lagi akan memantau pasukan away dan orang ketiga [bukan yang rembat laki /bini orang ye] pada dasarnya adalah pemeriksa data, ”jelas Banoub.
“Dengan menggunakan kombinasi tombol panas / hotkeys dan tetikus, mereka mengesan siapa yang berada dengan bola dan apa yang terjadi padanya. ”
“Oleh itu, katakanlah Wayne Rooney mengambil bola di garisan tengah dan menghantarnya kepada Antonio Valencia; mereka akan mengklik di mana Rooney berada di atas padang ketika dia mendapat bola, sekali lagi di mana Valencia menerimanya dan perisian mencatat koordinat X / Y dan hantaran. ”
Setiap perlawanan menghasilkan antara 1,600 hingga 2,000 keping data individu, yang dianalisis oleh pasukan dalaman Opta dan dikemaskini setiap masa untuk digunakan oleh penyiar, akhbar, jenama, dan banyak lagi.
Malah kini semakin ramai pengurus pasukan di Eropah menjadikan Opta sebagai benda wajib kena dibekalkan oleh pemilik kelab di pejabat mereka. Biasanya memang dah ada la. Cuma yang tak ada tu, terpaksalah beli. Korang ingat mat saleh ni tak kedekut?
Tetapi bagaimana jika pengumpul data kehilangan jejak, atau tidak dapat menentukan siapa yang menghadang rembatan lawan?
“Sekiranya penganalisis pasukan tuan rumah mencatat sepakan percuma yang terkena benteng dan penganalisis pasukan away tidak melihat siapa yang menyekatnya, ia akan ditandakan, dan staf ketiga ini akan memutar balik video dan menentukan data akhir tanpa mengganggu dua penganalisis yang tadi ”
Dan itu hanya untuk satu permainan. Opta melakukan perkara yang sama untuk setiap perlawanan di Liga Perdana, Kejuaraan /Championship, Bundesliga 1 dan 2, Ligue 1 Perancis dan 2, Serie A, MLS, Liga-A, senarai akan terus bertambah.
Namun pada hari ini tak semua liga yang dianalisis opta memerlukan staf mereka berada di tempat perlawanan berlangsung. Ini kerana liga bawahan dan liga wanita misalnya, mereka akan menganalisis data selepas perlawanan. Di mana satu rakaman diberikan.
Harus diingat Opta bekerja dengan visual pada tv terutama sekali rakaman langsung. Ada liga bawahan ini tiada siaran langsung.
“Semua orang di semua pusat pengumpulan data kami dilatih untuk memiliki definisi yang sama tentang mengatasi dan duel, untuk mengetahui perbezaan antara hantaran yang dikeluarka [clearance] dan hantaran yang dilancarkan, semua jenis perkara seperti itu.”
“Konsistensi sangat, sangat penting dan hanya lima orang dari setiap seratus yang mampu menganalisis permainan langsung. Mereka mengatakan bahawa dua kemahiran utama sangat bagus dalam permainan video / video game dan mengetahui banyak tentang bola sepak. ”
“Saya rasa itulah sebabnya kita cenderung mendapat banyak pelajar yang berjaya melakukan tugasan ini. ”
Pendekatan retrospektif ini bermaksud mereka juga dapat melakukan pertandingan yang lalu, yang dianalisis dengan cara yang sama seperti permainan langsung sehingga data dari 40 tahun yang lalu dapat dibandingkan dengan apa yang terjadi pada Sabtu lalu:
“Kami telah menganalisis semua pertandingan Piala Dunia yang telah difilemkan sepenuhnya sejak tahun 1966, jadi kami dapat membandingkan Pele dengan Maradona dengan Messi, ”kata Banoub.
Rujukan