Selepas sebulan kejadian kebakaran hutan paling teruk di Australia, serta kemarau panjang, akhirnya bahagian timur Australia menerima taburan hujang yang mereka nantikan.
Hujan lebat!
Walaupun ada beberapa tempat menerima amaran banjir, namun ia tak menghalang mereka untuk meraikan seketika momen di mana hujan lebat akhirnya turun.
Dilaporkan beberapa kawasan terjejas banjir selepas mereka menerima cuaca yang paling lembap untuk 4 hari, dalam tempoh 30 tahun ini.
Saintis dan pakar tidak pasti, berapa banyak taburan hujan diperlukan untuk membantu mengairi semula kawasan yang terjejas kemarau panjang selama 3 tahun itu.
Namun apa yang pasti, air itu membantu untuk menghanyutkan kesan kesan kebakaran hutan yang ada.
Australia megalami satu tempoh yang paling teruk dalam sejarah mereka. Di mana kebakaran hutan mengakibatkan banyak harta musnah, serta hidupan liar dan tumbuhan mati.
Di antara mereka yang meraikan hujan lebat itu adalah petugas keselamatan dan juga krew penyelamat. Mereka telah banyak menyaksikan kerosakan dan juga kematian hidupan liar di depan mata.
Kebakaran hutan tersebut telah mengakibatkan lebih 300 rumah musnah, melibatkan kawasan seluas 500,000 hektar.