Orang Kanan Laporta Bocorkan Dokumen Senarai Pemain Yang Nak Dijual Xavi Termasuk Lewandowski

Presiden Barcelona mendapat tahu bahawa Xavi Hernandez mahu menjual Robert Lewandowski pada jendela perpindahan pra musim ini.

Ianya membuatkan Laporta semakin hilang sabar ke atas Xavi yang sebelum itu mengguris hati Laporta kerana komen tentang situasi kewangan Barcelona secara terbuka.

Xavi sendiri berkata kepada DAZN dia kecewa kerana komennya tentang situasi kewangan Barca dan juga tentang situasi Real Madrid yang lebih baik membuatkan dia dihentam teruk.

“Apabila Deco memberikan komen tentang perkara tersebut, tiada apa apa, namun apabila saya memberikan komen, ianya menjadi satu gempa bumi.

“Sejak dulu lagi seperti itu, saya sentiasa menjadi sasaran,” tegas Xavi.

Beberapa minggu lalu, Laporta memujuk Xavi mengubah balik keputusannya yang mahu meninggalkan Barca akhir musim ini. Xavi akhirnya setuju untuk kekal. Namun selepas komen itu, dia telah dipecat.

Dan terbaru, satu lagi perkara yang membuatkan proses pemecatan Xavi dari kerusi pengurus Barca.

Ejen Xavi kemudian menyatakan bahawa, orang kanan Laporta, iaitu Alejandro Echevarria, yang bertindak sebagai penasihat penting Laporta telah membocorkan dokumen senarai pemain yang mahu dijual Xavi kepada para pemain Barca.

Tindakan itu telah menimbulkan keadaan tegang di bilik persalinan Barca. Dokumen senarai pemain yang mahu dijual Xavi itu  sudah dibentangkan kepada BOD Barcelona.

Perkara itu sepatutnya menjadi rahsia di peringkat pengurusan tertinggi terlebih dahulu sebelum mereka memberikan lampu hijau untuk Xavi. Namun malangnya dokumen itu telah sampai ke pemain pemain Barca lebih awal kerana tindakan oleh Echevarria.

Terdapat satu nama yang benar benar mengejutkan Laporta iaitu Robert Lewandowski.  Seterusnya, Xavi juga mahu menjual Joao Felix, Vitor Roque, Oriol Romeu dan Marcos Alonso juga dalam senarai mahu dijual oleh Xavi.

Kenapa Lewandowski perlu ada dalam senarai tersebut menjadi persoalan utama di kepala Laporta yang sayangkan pemain itu. Ianya telah membawa kepada pemecatan Xavi, menurut Diario Sport.

Xavi kemudian menjelaskan bahawa dia mahukan pemain yang lebih bertenaga dan berintensiti tinggi terutama sekali ketika pressing.

Xavi juga mahukan pemain no.9 yang lebih aktif terlibat dalam taktikal serta permainan berpasukan. Pemain yang boleh mencipta kelebihan secara numerikal untuk membantu menghubungkan pasukan di atas padang.

Seterusnya, Xavi juga tak gembira dengan sikap dan layanan Lewandowski ke atas pemain pemain muda. Dia dianggap bukan mentor yang baik namun ada ego yang angkuh.

Lewandowski tidak begitu rapat dan terlalu serius dengan pemain pemain muda Barca yang membuatkan dia kurang memahami pemain muda dan kurang empati. Sedangkan aspek kesefahaman dan empati itu sebahagian penting daripada pembangunan bakat muda.