Orianthi Panagris: Wanita Penggoreng Gitar Sensasi Dari Australia

Orianthi Panagris bukan nama asing di kalangan gitaris. Beliau dianggap antara pemain gitar rock wanita yang terbaik pada generasi beliau.

Orianthi lahir pada 22 Januari 1985, berasal dari Ardelaide, Australia. Orianthi boleh bermain genre rock, pop rock, hard rock, alternative rock, punk rok, blues dan metal.

Keserbabolehan beliau ini membuatkan dia boleh masuk di mana sahaja untuk jemputan persembahan.

Beliau juga komposer dan penyanyi. Salah satu pencapaian besar dalam karier beliau adalah berjaya menjadi gitaris dalam konsert This Is It – Michael Jackson.

Ianya antara detik yang besar di dalam kariernya berkolaborasi dengan Raja Pop dunia, Michael Jackson.

 

Orianthi menyatakan: “Saya tak tahu apa sebab utama MJ pilih saya. Tetapi dia pernah menonton saya di youtube.”

“Saya datang kepada beliau untuk auditon, dan memainkan lagu Beat It. Dia menggemarinya dan dia terus memberikan saya tugas malam itu.”

“Dia banyak mengajar saya dan memberikan saya keyakinan.”

Anda akan banyak melihat kelibat Orianthi dalam filem This Is it yang menceritakan di sebalik tabir tour Michael Jackson.

Orianthi pernah juga menyertai tour Alice Cooper dan muncul dalam lagu AR Rahman, Sadda Haq.

Orianthi menerbitkan album sulung beliau berjudul According To You yang menjadi hist di Jepun, Australia dan pernah berada dalam carta ke-17 di USA.

Album ini memenangi beberapa platinum di beberapa buah negara.

Album believe pada 2009 telah berjaya menaikkan nama beliau di arena muzik dunia. Tahun yang sama beliau mengiringi Carrie Underwood dalam anugerah Grammy.

Elle Magazine menyenaraikan Orianthi dalam senarai 12 gitaris wanita terbaik. Dan pernah memenangi anugerah Breakthrough Guitarist Of The Year pada 2010 daripada majalah Guitar.

Pada 2010, PRS telah mengeluarkan gitar signature beliau dengan dinamakan SE Orianthi model.

Orianthi memang kaki shredding, itulah yang membuatkan beliau diikuti ramai brader metal. Lagu Suffocated pernah muncul dalam Guitar Hero.

Orianthi memang stage queen, banyak beraksi dalam beberapa acara termasuk America Idol. Pada 2010, Orianthi menjelajah dalam World Tour termasuk ke Malaysia.

Antara lagu best adalah bergandingan dengan Steve Vai dalam Highly Strung –

Tak lupa aksi beliau ketika cover solo lagu legenda Stairway To Heaven

Korang search je nama dia di youtube dan korang layanlah Orianthi menggoreng gitarnya.

Baca yang lain