Origi Dedah Klopp Tak Bagi Sebarang Arahan Taktikal Tetapi Sebaris Ayat Perangsang Jiwa

Divock Origi terus menjadi senjata rahsia Klopp terutama sekali untuk menjaringkan gol penting dan gol pada masa kecederaan.

Selain itu Divock Origi ada reputasi sebagai penyelamat Liverpool apabila dia diperlukan. Misalnya menjadi penjaring gol penting ketika Liverpool menterbalikkan agregat 3-0 berdepan Barcelona dalam kempen UCL serta gol lewat menewaskan Everton pada 2018.

Sebelum dimasukkan pemain itu dilihat menerima arahan daripada Jurgen Klopp. Ianya perkara biasa.

Lalu wartawan bertanya apakah arahan taktikal yang diberikan kepada Origi. Origi sendiri menyatakan dia tidak menerima sebarang arahan taktikal.

Ini selepa Divock Origi dilihat bermain dengan baik sekali. Memperbaiki barisan serangan Liverpool yang bergelut sepanjang malam.

Yang ada hanyalah kata kata motivasi ala sesi dengan Datuk Fadzilah Kamsah di slot RTM.

Klopp hanya berkata: “Masuk je dan jadilah Divock.”

Mendengar kata kata seringkas itu sudah cukup membuatkan Origi kerasukan saka gol lewat perlawanan.

Pada masa kecederaan 90+4′, Origi menerima bola daripada Mohamed Salah di dalam kotak penalti dan berputar lalu merembat rendah menewaskan Jose Sa yang kebal sepanjang malam.

Klopp menghamburkan pujian kepada Divock Origi dalam sesi wawancara selepas perlawanan. Klopp berkata: “Divock Origi adalah pemain bola sepak luar biasa dan dia dalam keadaan yang hebat ketika itu.”

“Menjadi pemenang pada minit ke-95 adalah hebat, tetapi apabila Divock yang menjaringkan gol itu, perasaannya lebih baik, jujur saya katakan.”

Liverpool meneruskan rentak cemerlang mereka. Dan sudah menjaringkan 13 gol dalam 4 perlawanan liga terakhir. Dengan hanya bocor sekali sahaja.

Liverpool kini berada di tangga kedua dalam carta liga. Memintas Chelsea yang tewas di tangan West Ham. Namun mereka di belakang City kerana skuad Pep Guardiola menang 3-1 ke atas Watford.

Origi terus menjadi pemain penting untuk squad depth Liverpool. Awal musim ini, ada beberapa pasukan mahukan Origi. Klopp akhirnya berjaya memujuk bintang Belgium itu untuk terus kekal bersama dengan Liverpool.

Prestasi yang baik daripada Origi terutama sekali dalam piala domestik membolehkan beliau dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan Setan Merah ataupun Belgium.

Baca yang lain