Origi Kongsi Detik Gol Lawan Barca

Penyerang paling kacak dalam pasukan Liverpool, Divock Origi telah berkongsi kembali detik gol kemenangan agregat yang dijaringkannya ketika menentang Barcelona yang membawa The Reds mara ke final Liga Juara-Juara 2019.

Origi menyambar sepakan penjuru pantas oleh Trent Alexander-Arnold pada lewat permainan.

Ketika pertahanan Barcelona baru nak menyusun atur kedudukan untuk bertahan ketikan tendangan sudut, Alexander-Arnold telah memghantar bola ketika pemain lain terlek dan hanya Origi yang bersedia,

Kewaspadaan penyerang Belgium itu membolehkannya menjaringkan gol kemenangan agregat dalam pertembungan itu.

Origi berkata: “Ia berlaku begitu cepat. Ketika bola masuk sekalipun, bahkan secara mental memerlukan beberapa saat untuk menyedari (apa yang terjadi),” kata Origi.

Soccer Football – Champions League Semi Final Second Leg – Liverpool v FC Barcelona – Anfield, Liverpool, Britain – May 7, 2019 Liverpool’s Divock Origi celebrates scoring their fourth goal with Xherdan Shaqiri and Trent Alexander-Arnold REUTERS/Phil Noble

“Terdapat perlawanan di mana kadang-kadang ada banyak perkara di kepala anda dan anda sukar untuk masuk ke zon itu. Tetapi itu adalah salah satu permainan di mana anda baru tiba di zon itu dan anda sedang bererak dan perkara-perkara dilakukan secara naluri menjadi lebih mudah.”

“Mungkin pada hari yang buruk bola melintasi anda di tempat anda sedang berdiri – dan saya rasa tak banyak orang akan menyalahkan saya [jika saya gagal menyambar bola] kerana ia adalah bola yang sukar – tetapi ia berlaku dengan baik, ia terhubung dan ia menunjukkan pergerakan kita yang sebenar sebagai sebuah pasukan. ”

Gol Origi itu melengkapkan kebangkitan Liverpool yang ketinggalan 3-0 pada perlawanan pertama di Nou Camp.

Origi turut menjaringkan gol dalam aksi final di Madrid, untuk membantu Liverpool menang 2-0 ke atas Spurs.

Baca yang lain