Ornstein: ‘Jorge Mendes Jumpa Pemilik Chelsea Dan Tawarkan Ronaldo Kepadanya”

Pemilik bersama Chelsea yang baharu, Todd Boehly telah mengambil alih peranan pengarah sukan juga, daripada Marina Granovskaia secara sementara.

Ini bermakna dia akan berunding secara terus untuk urusan perpindahan pemain.

Walau apa pun, sebagai pemangku pengarah sukan, Boehly baru-baru ini bertemu dengan ejen super Jorge Mendes, menurut The Athletic.

Agensi Mendes, Gestifute mewakili beberapa bintang terbesar di dunia, termasuk Darwin Núñez, Bernardo Silva, Rafael Leão, dan sudah tentu, Cristiano Ronaldo.

David Ornstein, koresponden EPL Titer 1 dari The Athletic telah mengesahkan bahawa Boehly mengadakan pertemuan di Portugal minggu lalu dengan ejen super Jorge Mendes.

Mereka berbincang beberapa perkara lain, dengan Mendes dikatakan sempat menawarkan Ronaldo kepada pemilik Chelsea. Boehly bukannya berpengalaman dalam bidang jual beli pemain dalam bola sepak.

Dia kini sedang berusaha belajar beberapa selok belok dunia perpindahan sebelum melantik pengarah sukan yang baharu.

Buat masa ini tiada rundingan lanjutan dibuat.

Mendes menegaskan bahawa jika kelab seperti Chelsea mahukan Ronaldo, pemain itu mungkin akan mempertimbangkannya kerana dia mahu beraksi di UCL.

Minggu lalu, Mendes dilaporkan menawarkan Ronaldo kepada Bayern Munich. Namun idea itu tak berhasil kerana Nagelesmann dikatakan tidak berminat dengan Ronaldo.

Bukan kerana dia tak bagus, tetapi kerana Ronaldo boleh merosakkan struktur gaji di Bayern. Gaji pemain itu terlalu besar.

Pengarah kelab Hasan Salihamidzic kemudian memberikan komen beliau bahawa tiada perjanjian dan perbincangan rasmi dibuat.

Manchester United pula menjangkakan pemain berusia 37 tahun itu akan kekal di Old Trafford. Dan mereka menyatakan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.

Terdapat laporan dalam beberapa minggu lepas bahawa Ronaldo tidak tenang di United walaupun pengurus baharu Erik ten Hag menjelaskan dia mahu penyerang itu kekal dan akan membina serangan di sekelilingnya.

Tidak jelas sama ada Chelsea telah menyatakan minat terhadap pemain Portugal itu dan kesepakatan kelihatan agak mustahil kerana mereka mengejar sasaran lain dalam serangan, dengan Raheem Sterling berada di senarai keutamaan mereka.

United pastinya mahu Ronaldo, yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya, kekal tetapi jika pemain itu tiba tiba mahu pergi, kelab mungkin akan melepaskan beliau.

Man United masih mengejar pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong.

United masih belum membuat pembelian baharu semasa jendela perpindahan ini walaupun beberapa pemain berprofil tinggi telah pergi termasuk Paul Pogba dan Edinson Cavani.

Ronaldo menyertai semula United tahun lepas dari Juventus dan walaupun menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak kelab – dengan 24 gol – dan memenangi anugerah pemain terbaik tahunan kelab.

United gagal memenangi trofi dan gagal layak ke Liga Juara-Juara yang menyebabkan dia sangat kecewa.

Difahamkan, Ronaldo tidak mempunyai sebarang isu dengan pelantikan Ten Hag yang telah dipuji kerana melakukan “kerja yang hebat” di Ajax.

Ronaldo malah meminta peminat United dan semua pihak di United bersatu untuk menyokong Ten Hag terutama sekali para penyokong.

Erik Ten Hag pula menegaskan bahawa dia teruja mahu bekerjasama dengan Cristiano Ronaldo dalam satu pasukan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan