Oscar: Joaquin Phoenix Aktor Terbaik

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Oscar k2-92, jatuh ke tangan Joaquin Phoenix.

Phoenix memenangi anugerah itu menerusi lakonan sebagai nemesis Batman, dalam filem Joker.

Joaquin Phoenix memang diletakkan sebagai calon pilihan utama untuk memenangi kategori ini.

Beliau menewaskan pencabar pencabar beliau yang lain iaitu Adam Driver (Marriage Story) dan Leonardo DiCaprio
competition from the likes of Marriage (Once Upon a Time in Hollywood).

Joker, filem arahan Todd Phillips, merupakan filem yang berkisarkan Supervillain. Watak Joker sebelum ini pernah dimainkan oleh beberapa legenda termasuk Jack Nicholson dan Heath Ledger.

Lakonan bertenaga Joaquin Phoenix telah membolehkan beliau membawa pulang trofi gemilang dari Oscar itu.

Sebelum ini Phoenix sudah menang di Baftas, Critics’ Choice and Screen Actors Guild awards, juga di Golden Globes.

Seoanjang kariernya, ini kali ketiga Joaquin Phoenix dicalonkan untuk kategori pelakon lelaki terbaik selepas tahun 2006 menerusi Walk the Line, Serta oada 2013 menerusi Master.

Ternyata tuah memihak beliau pada pencalonan ketiganya.

Dalam ucapan kemenangan beliau, Joaquin Phoenix menyeru agar semua manusia berhenti berbalah, shooter berhenti menjarah sumber alam semulajadi.

Beliau menamatkan ucapan dengan bait lirik yang ditulis mendiang abangnya, River Phoenix: “Run to the rescue with love and peace will follow.”

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan