Oskarsson Cetak Hatrik Dan Singkirkan Pasukan Ayahnya Sendiri

Ianya adalah malam untuk dikenang dalam sejarah karier Orri Steinn Óskarsson yang dianggap baru sahaja bermula di peringkat utama Eropah.

Di mana penyerang remaja itu menjaringkan hatrik yang telah menyingkirkan pasukan yang dibimbing ayahnya sendiri Óskar Hrafn Thorvaldsson iaitu Bredablik.

Oskarsson menjaringkan 3 gol pada minit ke-45, 46 dan 55 dalam kemenangan 6-3 pasukannya ke atas Bredablik dari Iceland.

Kejayaan ini memastikan Copenhagen mara ke pusingan ketiga kelayakan UCL menentang Sparta Praha.

Oskarsson diberikan debut senior oleh ayahnya sendiri ketika dia baru berusia 14 tahun. Ketika itu anak beranak itu berada di kelab Grotta.

Dia dianggap sebagai prospek masa depan untuk negaranya dengan bakat yang ada pada dirinya.

Namun dalam aksi kelayakan UCL kali ini tiada sentimen kekeluargaan dalam padang. Dia malah membuatkan ayahnya menderita dengan kekalahan besar itu.

Oskarsson membuka tirai jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan 4-1. Dan kemudian mencetak 2 lagi gol selepas nasi bersama semula separuh masa kedua.

Ramai netizen mengusi Oskarsson. Seorang peminat dari Nigeria berkata

“Kalau di Nigeria, tahulah dia erti penyesalan sebab mengaibkan ayahnya.”

Seorang peminat dari Filipina berkata: “Bro sedaya upaya menggunakan kelebihan sebagai bukan anak orang Asia dengan celebrate gol kaw kaw ye.”

Seorang lagi warganet berkata: “Ayahnya memberikan dia debut umur pada 13 tahun. Dan ayahnya tahu anak dia perlu menjaringkan gol penting di pentas besar. Jadi Korang faham apa yang saya maksudkan?”