OST Ejen Ali – Mama (Di Hatimu): Lagu Yang Ditunggu Dan Buat Ramai Menangis

Semalam produksi Ejen Ali: The Movie memuat naik lagu runut bunyi Mama (Di Hatimu) di saluran YouTube rasmi mereka.

Dan selepas 15 jam dimuatnaik ianya mendapat sekitar hampir 292, 000 putaran di YouTube.

Sebelum ini, 2 lagu sudah dimuatnaik oleh produksi Ejen Ali, iaitu Mamak Maju Servis Laju, dan juga Bukalah Matamu.

Kedua-duanya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat terutama sekali mereka yang sudah menonton filem Ejen Ali: The Movie

Dan kini giliran lagu Mama (Di Hatimu) pula tampil. Namun ia lebih melankolik dan telah menyentuh hati pendengar. Kerana ia ada nilai sentimental yang tinggi.

Ada yang berkongsi pengalaman budak perempuan yang bising pada awalnya menjadi sebak dan memeluk emanya.

Seorang pengguna Haris Nasril mengakui beliau ‘tewas’ seperti anak kecil di panggung wayang.

Dalam filem Ejen Ali lagu tersebut antara medium terkuat menghubungkan Ali dan arwah ibunya.

Irama dan lagunya telah memberikan pendengar penghayatan yang lebih lagi.

Lagu tersebut ternyata meninggalkan kesan kepada mereka yang pernah menonton filem tersebut. Siapa yang tidak sayang kepada ibu kan?

Ini ditambah dengan satu kata-kata ibu Ali kepada Ali: “Ali jangan nangis, Ali kan kuat.”

Ibunya sentiasa percaya bahawa anak lelakinya itu kuat meskipun dia seorang yang cemerkap.

Sebab itulah Ali terus berada di dalam agensi Mata.

Filem ini ternyata memberikan pelbagai emosi kepada penonton. Daripada gembira, ceria, sedih, marah dan banyak lagi tercantum di dalam satu sesi tontonan.

Ternyata ramai yang keluar daripada panggung wayang menantikan lagu ini dikeluarkan secara rasmi oleh produksi Ejen Ali.

Mama (Di Hatimu)

Seutas nyawa ku berikan kepada mu
hingga dewasa menjadi akar
Tidak pernahku lelah menjagamu
sehingga…
Menjadi sempurna tumbuh daunnya
Takkan hilang
Takkan hilang di mataku
Senyumlah wahai sayangku
Mama ada di hati mu selalu
Pabila mama pergi
Janganlah sedih
Senyumlah wahai sayangku
Mama ada di hati mu selalu
Pabila mama pergi
Kuatkan diri
Mama ada di hatimu selalu
Korang boleh layan di sini lagu tersebut:

Filem Ejen Ali: The Movie ternyata mendapat sambutan luar biasa.  Selepas 2 minggu tayangan ianya berjaya meraih RM20 juta daripada 1.7 juta penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tahniah kepada produksi Ejen Ali: The Movie kerana pencapaian luar biasa anda.

Kepada korang yang nak membaca reviu tanpa spoiler ada di pautan ini:

Baca yang lain