Otamendi Kecewa Keraian Biadap Pemain Perancis

Kapten pasukan bola sepak Olimpik Argentina, Nicolas Otamendi kecewa dengan keraian pemain Perancis yang menurutnya agak berlebihan dan provokatif melibatkan keluarga dan penyokong mereka.

Aksi antara Argentina dan tuan rumah Perancis semalam diwarnai insiden panas selepas tamat perlawanan. Di mana pemain kedua dua pasukan bertembung dan hampir bertumbuk.

Ianya gara gara tindakan pemain pemain Perancis terutama sekali Enzo Millot yang meraikan kemenangan Perancis di hadapan kawasan teknikal pasukan Argentina.

Kemudian satu lagi video menunjukkan bahawa pemain pemain Perancis meraikan kejayaan mereka di hadapan penyokong yang turut ada keluarga para pemain Argentina.

Otamendi berkata: “Ada la seorang mamat ni, Balde atau Bade, apa entah nama dia, saya pun tak tahu la nak sebut [nota editor; nama pemain tu Loic Bade]. Kalau pun ya dia nak meraikan kemenangan, dia boleh datang kat depan muka kami dan selesaikan terus apa masalah dia dengan kami.

“Ni tak, mereka pergi meraikan di depan keluarga kami. Jika betul dia nak raikan kemenangan mereka di hadapan orang lain, datang dekat kami pemain pemain Argentina, datang ke tempat kami berada ok.”

Perancis meneruskan kemaraan ke separuh akhir untuk acara bola sepak di Sukan Olimpik. Mereka akan menentang Mesir di peringkat separuh akhir yang akan dilangsungkan pada 6 Ogos hadapan.

Satu lagi aksi separuh akhir adalah antara Sepanyol menentang Maghribi. Adakah Perancis akan berjaya meraih emas acara bola sepak di bumi mereka sendiri, Paris 2024? Sama sama kita nantikan.