Ounahi: Patutlah Enrique Puji Dia, Ternyata Dia ‘King’ Dalam Pressuring, Ini Laporan Graf Persembahannya

Masih ingat dengan detik Luis Enrique menyatakan kekagumannya ke atas pemain tengah muda Maghribi Azzedine Ounahi?

Ketika itu, Luis Enrique tidak dapat menyembunyikan kekagumannya ke atas pemain Maghribi berjersi no.8 ketika pasukan itu mengikat Sepanyol untuk 120 minit dan menang dalam penentuan penalti.

Dia menyatakan Maghribi memang memiliki beberapa pemain berbakat termasuk Yassine Bonou, Hakim Ziyech, Achraf Hakimi, Romain Sais, En-Neysri dan Sofyan Amrabat.

Namun satu pakej kejutan pada malam itu adalah pemain berjersi no.8. Enrique tidak pasti siapakah nama pemain itu.

Pemain muda itu sebenarnya bernama Azzedine Ounahi. Pemain berusia 22 tahun itu kini bermain bersama Angers SCO di Perancis. Dan sedang berkembang menjadi bakat elit.

Piala Dunia 2022 menjadi platform yang menjulang nama pemain itu.

Enrique ketika itu berkata: “Saya sangat sangat terkejut dengan pemain no.8 mereka. Maaf saya terlupa namanya.”

“Ya Tuhanku, dari mana budak ni datang ye. Bermain dengan sangat bagus, mengejutkan saya. Namun dia adalah satu nama yang kami tak begitu waspada sebelum ini.”

Dalam perlawanan tersebut, Ounahi melakukan 60 sentuhan, 32 hantaran dan berjaya mengekang ancaman daripada Pedri, Gavi malah Busquets di tengah.

Amrabat yang dianggap pemain terbaik perlawanan mendapat rating 7.6 daripada Squawka.

Manakala Ounahi mendapat 7.5. Beza 0.1 sahaja.

Sudah tentunya pemain muda itu akan menjadi perhatian kelab besar selepas komen daripada Enrique ini.

Maghribi kemudian berdepan Portugal dalam aksi suku akhir. Dan sekali lagi Ounahi menjadi maestro kental di tengah padang.

Dalam satu statistik dikeluarkan berdasarkan Opta, ternyata Azzedine Ounahi adalah raja dalam pressuring.

Pressuring adalah satu disiplin menekan lawan secara individu untuk menghasilkan pressing secara berpasukan.

Salah satu kunci kejayaan Maghribi kali ini adalah kadar kerja para pemainnya. Di mana berdasarkan kuantiti keseluruhan 4 pemain mereka menduduki tangga teratas daripada top 5 carta pressuring.

Azzedine Ounahi sudah melakukan 321 pressuring. Jauh meninggalkan rakan sepasukannya, Selim Amallah.

Kenapa pressuring penting? Jepun membuktikan bahawa pressuring yang intensif akan memberikan hasil yang baik. Kerana pasukan underdog memang bergantung kepada kerajinan dan kadar kerja berpasukan.

Untuk ratio puratan pressuring dalam 90 minit, Daizen Maeda mengetuai senarai dengan  89 pressuring dalam setiap perlawanan. Diikuti rakan sepasukannya Ritsu Doan.

Amallah berada di atas Ounahi untuk carta ratio purata. Kerana Ounahi bermain lebih banyak perlawanan.

Saksikan laporan carta defensive pressure di sini:

Jika sebelum ini Perancis berjaya menjulang Piala Dunia kerana ada enjin pressuring di bahagian tengah bernama N’golo Kante, kini Azzedine Ounahi sedang melakukan Kante-esque di dalam pasukan Maghribi.

Azzedine Ounahi kini menjadi bakat yang mulai diburu kelab kelab besar eropah yang lain.

Angers SCO sudah boleh berkira kira bermesyuarat sesama ahli lembaga pengarah kelab mereka untuk meletakkan tanda harga bagi pemain itu.

Tidak hairan melihat Enrique memuji Ounahi. Kerana dia gemarkan seorang pemain yang cergas dan cerdas melakukan pressuring dalam taktikalnya.

Azzedine juga bertindak sebagai enforcer di dalam pasukannya:

Dia bergerak seperti box to box.

Cerah masa depan budak ni. Asalkan dia ingat 3 perkara pesanan Jijo.

Baca yang lain