Selepas Harry Kane dilaporkan setuju untuk ke Bayern Munich sebaik sahaja 2 kelab mencapai kesepakatan harga, Michael Owen telah menasihati pemain itu untuk membuat u turn dan kekal sahaja di Spurs.
Harry Kane to FC Bayern, here we go! Deal completed between all parties as Kane has given final green light 🚨🔴
Tottenham to receive €100m fixed fee plus add-ons up to €20m package.
Kane will sign a four year deal, he’ll fly to Germany today.
Medical booked. Done deal. pic.twitter.com/iervbXzkwt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2023
Kane menyertai Bayern Munich dengan nilai perpindahan lebih ÂŁ100 juta. Dan sebab utama Kane mahu ke Bayern adalah untuk menjulang trofi.
Kane sudah pun berusia 30 tahun dan masih tidak pernah menjulang mana mana trofi major dalam kariernya.
Menjaringkan 213 gol dalam EPL hanya di belakang penyerang terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah EPL iaitu Alan Shearer dengan 260 gol.
Michael Owen berkata: “Saya tahu Bayern Munich adalah kelab yang sangat besar, dan saya sangat menghormati kelab itu. Namun jika saya berada di tempat Harry Kane, saya akan terus kekal [di Spurs].”
“Bukan pencapaian yang hebat sangat untuk memenangi trofi dengan mereka [Bayern Munich].”
“Kalau Real Madrid itu saya boleh faham la atau ada satu dua kelab EPL yang hebat untuk perkara ini.”
Owen kemudian menegaskan bahawa pencapaian yang lebih besar oleh Harry Kane jika dia berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di EPL berbanding memenangi liga di Jerman yang dikuasai oleh satu pasukan sahaja. Perkara yang Owen anggap bukanlah untuk dibanggakan.
“Menjadi penjaring terbanyak di EPL dengan Spurs adalah pencapaian lebih besar daripada memenangi liga di negara yang didominasi oleh satu pasukan sahaja.”
🎙️ Michael Owen on Harry Kane: “I know Bayern are a massive club and I have huge respect for them but if I were Kane, I’d stay put. There’s no great achievement in winning a trophy with them. Real Madrid I would understand or one or two top Premier League clubs for that matter.… pic.twitter.com/Kvq3df9waS
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 10, 2023