Alex Oxlade Chamberlain telah memberikan komen beliau tentang pergeseran di antara Mikel Arteta dan Jurgen Klopp.
Kedua dua pengurus terlibat dengan pertikaman lidah di tepi padang selepas Arteta mendakwa Tomiyasu disiku Sadio Mane.
Selepas insiden itu, Liverpool menjaringkan 4 gol dalam perlawanan tersebut.
Chamberlain menjadi antara pemain yang dalam kesebelasan utama Arsenal ketika pasukan itu kali terakhir menang di Anfield pada 2012.
Arsenal’s last league win against Liverpool at Anfield was in September 2012 (⚽️ Podolski 31’, ⚽️ Cazorla 68’).
Arsenal XI vs. Liverpool that day: Mannone; Jenkinson, Mertesacker, Vermaelen, Gibbs; Diaby, Arteta; Oxlade-Chamberlain, Cazorla, Podolski; Giroud.#afc pic.twitter.com/fN7iZiTnBV
— afcstuff (@afcstuff) November 20, 2021
Chamberlain berkongsi pengalaman beliau ketika menjadi pasukan pelawat apabila berdepan dengan suasana di Anfield.
Chamberlain ditanya sama ada beliau perasan ke tak dengan insiden Klopp dan Arteta. Beliau menegaskan, sudah tentunya dia perasan dengan insiden itu.
Dan pada masa yang sama, Chamberlain menganggap insiden itu menjadi turning point kepada Liverpool dari segi tenaga dan atmosfera. Anfield kemudian menjadi lebih bergema dengan penyokong mulai bersorak dengan lebih kuat dan chants.
Bercakap kepada BBC, Chamberlain berkata:
“Susah untuk tidak menyedari insiden itu berlaku. Tugas kami adalah kekal fokus dengan apa yang berlaku di atas padang.”
“Namun penyokong telah memetik insiden itu dan mengambil kesempatan dengan memanfaatkan tenaga daripadanya.”
“Mungkin itu adalah turning point dari segi tenaga dan atmosfera.”
“Tugasan kami adalah untuk mencipta atmosfera sebegitu dengan cara kami bermain di atas padang. Dan kami berjaya melakukannya hari ini. Sorakan peminat sangat luar biasa.”
Oxlade-Chamberlain on the Klopp/Arteta incident:
"It was hard to not notice that – our job to keep focussed on what's happening on the pitch. The crowd picked up and benefited from that energy, maybe that was the turning point in terms of energy and atmosphere." #awlive [bbc]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) November 20, 2021
“Saya pernah menjadi pemain pasukan pelawat ke Anfield, dan perkara seperti itu membuatkan sesuatu itu lebih sukar. Tetapi ketika berada dengan pasukan ini, ianya membantu kamu.”
“Kita harus kekal fokus dan selesaikan tugasan kita. Ianya persembahan yang baik dan kami melihat perlawanan ini dengan sebaiknya.”
Beberapa tahun lalu, Arsene Wenger menyatakan bahawa Anfield adalah stadium yang sangat sukar dilawat terutama sekali ketika aksi eropah.
Ini kerana atmosfera yang diwujudkan di stadium tersebut membuatkan stadium itu sangat mencabar dari segi mentaliti.
Sir Alex Ferguson baru baru ini memilih Anfield sebagai tempat yang paling sukar di England untuk dilawati.
Sir Alex Ferguson believes "really volatile" Anfield is the best away ground for atmosphere in England.
“Well Anfield. I mean, you've been there and you know what it's like – bloody hell! It's a marvellous atmosphere. You never felt safe there.” pic.twitter.com/5mcDrSs23k
— Watch LFC (@Watch_LFC) May 22, 2021