Ozil Digugurkan Dari Skuad Fenerbahce Kerana Bergaduh Dengan Pengurus Interim

Mesut Ozil telah digugurkan daripada pasukan Fenerbahce kerana bertengkar dengan pengurus interim kelab tersebut. Berita itu benar benar mengejutkan ramai pihak.

Pada Khamis lalu, Fenerbahce mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan bahawa Ozil dan juga Ozan Tufan telah digugurkan daripada pasukan.

Chris Wheatley dalam laporannya menyatakan bahawa Ozil tak akan dibenarkan daripada menyertai latihan pasukan utama. Dan pemain itu harus mencari kelab baharu kecuali ada pertukaran pengurus.

Itupun masib belum menjamin masa depan Ozil bersama dengan kelab yang beliau sokong dari kecil itu.

Dalam kenyataan rasmi ringkas kelab, Fenerbahce menjelaskan: “Pemain pasukan A kita, Mesut Ozil dan Ozan Tufan aman digugurkan daripada skuad utama seperti mana keputusan yang sudah dibuat. Dan kini ianya diumumkan kepada umum.”

Ozil menyertai Fenerbahce pada Januari 2021, menjadi ketua pasukannya dalam perlawanan terakhir ketika menang  2-1 ke atas pasukan di tangga kedua Konyaspor.

Namun begitu, bekas pemain Real Madrid dan Arsenal itu dikeluarkan pada separuh masa ketika pasukannya ketinggalan 1-0. Fenerbahce menjaringkan dua gol selepas itu menerusi Kim-min-jae dan Dimitris Pelkas untuk memastikan kemenangan milik mereka.

Football London melaporkan bahawa Mesut Ozil kemudian bertengkar dengan pengurus interim Fenerbahce, Ismail Kartal. Dan kemudian Kartal memutuskan untuk tidak menyertakan Ozil dalam pasukannya lagi.

Pemenang Piala Dunia dengan Jerman itu mengalami masalah kecederaan di bahagian belakangnya pada awal musim ini. Fenerbahce dilaporkan sudah memberitahu Ozil agar meningkatkan lagi kondisi fizikalnya yang dianggap tidak cukup kompeten.

Ali Koc kini sudah lantang mengkritik Ozil

Pada akhir musim lalu, Presiden Fenerbahce, Ali Koc seringkali mengkritik Ozil. Walaupun sebelum tu menganggap Ozil adalah seperti loteri buat mereka kerana dilepaskan Arsenal secara percuma ke Fenerbahce. Dan Ali Koc turut menyatakan bahawa Fenerbahce tak membayar untuk gaji Ozil

Kini Ali Koc merupakan individu yang banyak mengkritik Ozil.

“Sejak awal musim ini Mesut Ozil telah dibandingkan dnegan Robin van Persie,” kata  Koc kepada Fenerbahce TV.

“Ozil mahu bermain lebih banyak perlawanan. Mulai hari ini, dia harus fokus kepada permainannya dan tidak memikirkan soal komersial buat masa ini. Dia harus berfikir untuk menyumbang kepada Fenerbahce.”

“Para jurulatih kelab kita pun harus mencari cara untuk mengeluarkan yang terbaik dari Ozil, Sebenarnya tiada masalah pun, cuma media sahaja melebih lebih. Mesut tidak gembira kerana dia tak bermain lebih kerap.”

Sejak menyertai Fenerbahce, Mesut Ozil bermain 37 kali dan hanya menjaringkan 9 gol. Beberapa laporan media Turki menyatakan bahawa Ozil tidak gembira dengan kehidupan di Istanbul.

Dia pernah tidak sehaluan dengan Mikel Arteta dan Unai Emery sebelum ini. Selepas itu Ozil disisihkan sepenuhnya oleh Arteta. Dan tidak pernah menyarung jersi Arsenal lagi selepas pandemik melanda.

Ozil dan Arsenal kemudian mencapai kesepakatan menamatkan kontrak  £350,000 seminggu namun Arsenal masih perlu membayar gajinya untuk baki kontrak dipersetujui dengan The Gunners.

Baru baru ini, seorang peminat meminta Ozil menyebut ‘Ya Gunners Ya’ – tagline yang dia seringkali gunakan ketika di Arsenal. Namun Ozil menolak untuk melakukannya.

Karier Mesut Ozil sedang dalam masalah ketika ini. Dia gagal mendapatkan prestasi terbaiknya. Kemudian isu di luar padang juga banyak membelenggu salah seorang playmaker paling kreatif dalam generasinya.

Adakah Mesut Ozil bakal bersara dalam masa terdekat? Atau masih mahu menghidupkan sisa sisa kariernya yang ada?