Ozil & Isterinya Bersyukur Sudah Biayai 157 Pembedahan Kanak Kanak, 843 Lagi Menyusul

Messut Ozil dikenali dengan sikapnya sebagai seorang dermawan. Begitu juga dengan isterinya. Ozil dan pasangannya menubuhkan program kebajikan di bawah Big Shoe di bawah yayasan Mesut Ozil – yang bertindak membantu kanak-kanak yang memerlukan dari seluruh dunia.

Big Shoe akan membiayai pembedahan kanak kanak kurang bernasib baik ini atas pelbagai sebab. Program ini diperkasakan Ozil ketika dia berkahwin dengan isterinya.

Nazar hari perkahwinan Ozil

Mungkin ada yang sudah terlupa sebelum ini Mesut Ozil dan isterinya, Amine Gulse telah bernazar untuk membantu membiayai pembedahan ramai kanak-kanak di seluruh dunia dalam projek khas.

Berbeza dengan pasangan lain yang memilih untuk membelanjakan wang pada benda benda mewah, isterinya dan Ozil memilih untuk berjuang dalam kebajikan.

Nazar itu mereka buat ketika mereka masih bertunang lagi. Ozil ketika itu menerusi twitter miliknya, pada hari sebelum hari perkahwinannya telag mengumumkan perkara itu.

Ozil ketika itu berkata: “Ramai saudara-mara, sahabat handai yang bertanya, apakah impian kami untuk perkahwinan esok. Sebagai pemain profesional, saya bernasib baik dan beruntung dengan apa yang saya ada.”

“Namun saya menjemput semua yang sanggup, tampil untuk membantu saya dalam projek khas yang dekat dengan hati kami berdua.”

“Amine dan saya bertekad mahu membiayai pembedahan untuk 1,000 kanak-kanak yang memerlukan.”

Pasangan suami isteri itu kini sudah mula menunaikan nazar mereka dan menganggap ia satu tanggungawab yang membuatkan mereka terasa puas membantu mereka yang memerlukan.

Kesibukan dengan jadual yang padat tetap membuatkan Ozil meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini projek mereka yang turut disokong ramai pihak, terutama sekali kenalan Ozil.

Ozil berbesar hati untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan ini. Sebelum ini pada Disember 2019, projek Big Shoe bermula dengan 19 pembedahan. Ozil berkata:

“19 pembedahan telah dilakukan, dan masih ada banyak lagi menunggu giliran selepas ini.”

“Seperti yang isteri saya, Amine dan saya umumkan sebelum perkahwinan kami pada Jun 2019, kami akan menanggung kesemua kos 1,000 lagi pembedahan yang mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia.”

Ozil kemudian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya termasuk para penaja dan juga individu yang menyumbang derma.

“Terima kasih tak terhingga kepada BigShoe di atas kerjasama luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Terima kasih kepada setiap seorang hadirin majlis pernikahan kami, penyokong dan pengikut saya yang telah menderma kepada projek ini.”

“Dan terima kasih paling istimewa kepada kesemua petugas perubatan antrabangsa yang terlibat.”

“Ini hanyalah permulaan! Jom kita bersemangat menuju 2020, dan membantu ratusan lagi kanak-kanak lain yang memerlukan.”

Ozil dilaporkan memang mengundi untuk tidak setuju dengan pemotongan gaji. Namun beliau tetap akur dengan undian majoriti.

Salah satu sebab tak nak dipotong gaji

Seterusnya, ada sebab Ozil mengundi untuk membangkang idea itu. Ini kerana Ozil tidak mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang ke mana wang gaji mereka yang dipotong itu akan disalurkan.

Sama ada ianya kepada tabung kewangan untuk gaji staf bukan? Untuk kebajikan? ataupun alasan lain. Beliau mahukan jaminan bahawa gaji pemain yang dipotong itu adalah untuk kegunaan kelab dalam mengatasi impak semasa cov19.

Ozil: Ke mana wang ni nanti?

Ozil dilaporkan mahu tahu dan bimbang kalau wang itu adalah untuk kegunaan peribadi mana mana individu di pengurusan tertinggi. Beliau bersuara bukan untuk gaji beliau sahaja, namun bersuara untuk gaji kesemua pemain secara kolektif.

Namun, Ozil di pihak minoriti dan beliau terpaksa akur. Ozil mahukan jaminan bahawa wang itu tidak disalah guna dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu tertentu.

ESPN melaporkan Ozil masih kabur tentang hala tuju wang itu. Ini kerana beliau mahu memastikan wang itu benar benar untuk tujuan kebajikan dan membantu kewangan kelab.

Selain itu Ozil sendiri mahu menggunakan sejumlah wang untuk projek kebajikan beliau, terutama sekali ketika krisis kesihatan sekarang.

Ozil dan kebajikan

Beliau adalah atlet yang konsisten menyumbang kepada kebajikan menerusi Yayasan Mesut Ozil dengan purata sekitar £2 juta.

Kini beliau aktif dalam kebajikan bersama dengan isterinya. Sebelum ini, Ozil dan isterinya Amine membiayaai pembedahan 1,000 orang kanak kanak yang memerlukan sempena hadiah hari perkahwinan mereka.

Beliau dan isterinya sudah menyatakan komitmen akan terus membantu mereka yang memerlukan terutama sekali kanak kanak.

Mesut Ozil juga sedang terlibat dalam program kebajikan di kampung asal ibu bapanya, di Zonguldak, Turki. Di mana Ozil membina fasiliti bola sepak untuk membantu kanak-kanak di sana mendapatkan latihan bola sepak dan mengejar impian seperti beliau.

Dan selepas 2 tahun, Ozil menyatakan bahawa projek kebajikannya telah membantu kanak kanak menjalani 157 pembedahan. Ini bermakna masih ada 853 lagi pembedahan yang akan mereka biayai selepas ini.

Ozil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali doktor. Beliau berjanji projek ini akan terus berjalan lancar.

Syabas Mesut Ozil dan Amine Gulse di atas usaha murni kalian. Ternyata apa yang anda buat ini menjadikan dunia ini lebih baik kepada mereka yang memerlukan.

Baca yang lain