Playmaker Arsenal, Mesut Ozil mengkritik Arsenal dengan membuka mulut sejujurnya dengan mengecam kelabnya berkenaan dua perkara.
Dalam satu temubual eksklusif bersama The Athletic, selain daripada membincangkan soal masa depannya dengan Arsenal, Ozil juga membidas Arsenal berkenaan:
- Isu etnik Uighur
- Pemotongan gaji
Ozil: Kelab tak sokong saya ketika bersuara untuk Uighur
Arsenal mengeluarkan kenyataan pada 14 Disember menyatakan pihaknya tidak ada kaitan dengan pendirian yang disuarakan pemain tengahnya Mesut Özil yang mengkritik dasar China terhadap minoriti Uighur di Xinjiang.
“Berhubung komen oleh Mesut Özil pada media sosial, Arsenal perlu membuat kenyataan jelas.”
“Kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Özil,” tegas kenyataan kelab itu di media sosial China Weibo.
“Sebagai kelab sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak mencampuri hal politik.”
Dalam catatannya bertajuk ‘East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah’ yang dimuat naik di Twitter dan Instagram pada Jumaat, Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah pemerintah China.
Beliau menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan”.”
“Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan. Ulama dibunuh seorang demi seorang. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” katanya dalam kenyataan berbahasa Turki itu.
Beijing dituduh menindas etnik minoriti Uighur di Xinjiang dengan menahan mereka secara paksa di kem latihan vokasional.
Satu laporan oleh pelapor khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa sekurang-kurangnya sejuta atau 7 peratus umat Islam di Xinjiang dimasukkan dalam kem ‘pendidikan politik’ berkenaan.
China berulang kali menafikan dakwaan tersebut. Kesannya Ozil diberikan tekanan ekonomi dengan namanya dikeluarkan dari PES di China.
Kesemua gambarnya yang ada di papan iklan diturunkan. Ozil kemudian tidak dapat kontrak baharu daripada Adidas dipercayai kerana isu ini. China memang suka memberikan tekanan ekonomi kepada mereka yang menentang mereka.
Ozil kemudian membidas Arsenal yang tidak menyokongnya ketika beliau bersuara secara peribadi tentang layanan China kepada etnik Uighur. Dan menafikan kenyataannya adalah bersifat politik.
Ozil turut hairan dengan Arsenal, apabila kelab itu menjadi kelab EPL paling lantang memperjuangkan kempen Black Lives Matter yang menurut Ozil mirip kepada apa yang beliau perjuangkan untuk etnik Uighur.
“Semua manusia itu sama. Tak kira kamu agama apa, warna kulit kamu apa, tak kira kamu Muslim, Kristian, Yahudi, hitam, putih dan apa sahaja. Kita semua ni sama.”
Ozil ‘disappointed’ with Arsenal after refusing to criticise China over Uighur killings and says ‘Muslim Lives Matter’ https://t.co/97NA9Tr7I4
— todayheadline (@TodayHeadline42) August 13, 2020
“Apa yang saya katakan dahulu bukan menentang orang China, tetapi ianya menentang mereka yang menindas Muslim Uighur. Dan orang lain tak membantu mereka sepertimana mereka membantu negara Islam yang lain.”
“Saya sudah banyak berjasa kepada Arsenal di dalam dan luar padang, jadi reaksi kelab sangat mengecewakan saya.”
“Mereka kata mereka tak nak terlibat dalam isu politik. Tetapi ini bukan politik, sebaliknya mereka terlibat dalam isu lain.”
“Di AS, kita melihat pembunuhan George Floyd dan dunia bersuara dengan Black Lives Matter, dan itu tindakan yang betul.”
“Kita semua sama sahaja, dan salah satu yang baiknya, semua orang menentang ketidakadilan. Ada ramai pemain berkulit hitam dan penyokong Arsenal yang berkulit hitam – mereka luar biasa dan kelab memberikan sokongan kepada mereka.”
“Tetapi saya berharap orang akan melakukan perkara serupa kepada Muslim kerana Arsenal ada ramai pemain dan penyokong Muslim. Sangat penting untuk dunia berkata Muslim Lives Matter.”
'It is important for the world to say that #MuslimLivesMatter.'
Mesut Ozil slams Arsenal's failure to back him over comments about treatment of Uighur Muslims in China. pic.twitter.com/ukB6qFmz6K
— MOLATsportgist ™🇳🇬 (@Molatsportgist) August 13, 2020
Ozil: Mereka tak jelas
Selain daripada itu, Mesut Ozil sekali lagi membidas cara Arsenal memotong gaji pemain. Ozil merasakan tindakan Arsenal tak jelas, terburu buru dan pemain tidak diberikan konsultansi.
Lebih menyedihkan apabila baru baru ini Arsenal membuang 55 staf mereka sedangkan Arsenal sebelum ini menyatakan wang hasil pemotongan gaji pemain adalah untuk membantu meneruskan operasi kelab.
Arsenal Mahu Buang 55 Staf Kerana Tekanan Ekonomi Yang Mendapat Kecaman Penyokong https://t.co/FFzvVBvDNj
— VOCKET FC (@vocketfc) August 6, 2020
“Sebagai pemain kita semua nak menyumbang. Namun kita perlu tahu lebih banyak informasi dan banyak persoalan yang tak dijawab.”
“Semua pemain ok saja dipotong gaji kerana ada banyak kesulitan. Saya pun ok untuk dipotong lebih besar daripada yang lain – jika itu perlu sehinggalan bola sepak kembali membaik.”
“Namun tiba tiba mereka mahu memotong gaji kami tanpa konsultansi yang lebih jelas.”
“Sesiapa sahaja dalam situasi ini, kamu wajib tahu segalanya. Nak faham kenapa ini berlaku dan ke mana wang ini akan pergi.”
“Tetapi kami tak diberikan butiran lebih jelas. Kami hanya diminta membuat keputusan. Ianya terlalu cepat untuk perkara sepenting ini. Dan tekanannya sangat tinggi.”
“Ini tak adil terutama sekali kepada para pemain muda. Dan saya menolak untuk bersetuju. Saya ada anak di rumah dan komitmen untuk keluarga di Jerman dan Turki. Badan kebajikan saya perlukan wang dan projek kebajikan baharu di London pun saya ada yang gerakkan.”
“Tetapi projek itu adalah lebih kepada hati ikhlas dan bukan untuk dihebahkan dengan publisiti.”
“Orang yang kenal saya, tahulah betapa pemurahnya saya untuk kebajikan. Setahu saya, ada pemain lain selain saya yang turut menolak pemotongan gaji.”
“Namun kenapa cuma nama saya yang keluar? Saya rasa ada pihak yang mencuba selama dua tahun ini nak menghancurkan nama saya, nak buat saya kecewa dan menghasut penyokong untuk menentang saya serta menggambarkan imej yang tak tepat.”
🗣️ Mesut Ozil on rejecting a pay cut:
"We didn’t get enough details, we just had to give a decision. This was not fair, especially for the young guys, and I refused. As far as I’m aware I was not the only player who rejected the cut in the end, but only my name came out." pic.twitter.com/D1w7lAfbkc
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) August 13, 2020
Ozil tak menolak kemungkinan bahawa tindakannya enggan dipotong gaji antara sebab dia tak dapat bermain lagi selepas itu ataupun dibekukan.
Sebaik liga disambung semula Ozil tidak bermain walau seminit pun aksi kompetitif walaupun di Twitternya beliau sentiasa menyatakan dia sudah bersedia untuk beraksi.
“Ada kemungkinan itu mempengaruhi peluang saya bermain di atas padang. Entahlah! Tapi saya tak takut nak bersuara untuk perkara yang saya rasa betul.”