Ozil Kesal Tak Pernah Main Untuk Juventus Yang Dia Sokong Dari Kecil

Mesut Ozil memiliki sejarah karier yang luar biasa. Di peringkat kelab dia memenangi banyak trofi dan di peringkat antarabangsa dia pernah bergelar juara dunia.

Dianggap sebagai salah seorang playmaker terbaik pada eranya, Mesut Ozil adalah pemain yang sangat kreatif dan elegan. Kariernya signfikan dengan Real Madrid dan Arsenal.

Di mana ketika bersama dua kelab tersebut, Ozil menikmati bola sepak terbaiknya. Ozil turut sempat merasa bermain di Turki bersama dengan kelab Turki yang dia minati iaitu Fenerbahce.

Ozil ketika itu berkata: “Untuk kanak kanak berbangsa Turki yang bermastautin atau lahir di Jerman, kami tetap memiliki kelab bola sepak dari Turki yang kami sokong.

“Saya dari kecil pilih Fenerbahce,” tegas Mesut Ozil.

Namun tahukah anda, Ozil sebenarnya seorang Juventini? Perkara itu disahkan sendiri oleh Ozil dalam satu post di Twitter dengan jersi kelab Itali itu.

Ozil menggambarkan bahawa satu kekesalannya adalah tidak pernah mewakili Juventus ketika kariernya yang panjang. Dia berbangga dengan kesemua kelab yang dia wakili.

Ozil menatap mural di hadapannya, dan dia menulis: “Bangga dengan karier saya dan semua kelab yang hebat hebat yang saya pernah diberikan penghormatan untuk bermain untuk mereka. Cuma satu kelab yang terlepas, cinta hati Itali saya, Juventus FC.

“Juve, storia di un Grande Amore,” yang bermaksud, Juve adalah kisah cinta yang agung.

Dia meletakkan tanda pagar Forza Juve.

Mesut Ozil kini sudah pun bersara. Dan dia banyak memfokuskan kepada aktiviti senaman dan gym untuk membentuk badan yang sado.

Apa yang pasti legenda Jerman yang berdarah Turkiye itu sedang menikmati persaraannya dengan sebaik mungkin.

Baca yang lain