Ozil Menganjing Atletico Akan Bermain 6 Pemain Sahaja Dengan Adanya Peraturan Kad Biru

Mesut Ozil sejak akhir akhir ini suka troll pasukan seteru kepada bekas pasukannya. Sebelum ini dia troll Spurs. Dan kini dia troll Atletico pula.

FIFA akan mengumumkan peraturan kad biru. Pertama kali FIFA memperkenalkan kad disiplin sejak Piala Dunia 1970.

Kad biru adalah bertujuan untuk mengawal tingkahlaku pemain. Ini termasuk mereka yang melakukan salah laku yang dianggap sengaja untuk mengganggu lawan.

Selain itu, pemain yang suka melawan dan biadap dengan pengadil juga boleh dikenakan tindakan dengan layangan kad biru.

Kad biru bermakna pemain akan diletakkan di sin-bin selama 10 minit.

Kad biru nilainya sama sahaja dengan kad kuning. Di mana pengutip 1 kad biru dan 1 kad kuning adalah sama dengan pengutip dua kad kuning yang membawa kepada kad merah. Pemain akan dibuang padang.

Begitu juga dengan 2 kad biru bersamaan dengan 1 kad merah.

Mesut Ozil dengan berani telah troll Atletico dengan menulis di X rasminya: “Jadi, Atletico Madrid hanya akan bermain dengan enam pemain la lepas ni?”

Di ruangan komen peminat Real Madrid melayan troll itu dan mereka bergelak ketawa.

Namun peminat Atletico menuduh Ozil masih sakit hati dengan luka lama ketika di Sepanyol.

Mesut Ozil sudah pun bersara dari arena bola sepak. Dia merupakan antara playmaker terbaik pada eranya. Dianggap antara pemain paling kreatif dalam sejarah bola sepak.