Ozil Pernah Dituduh Menganjing Dan Tak Kenal Barey Kerana Masukkan Gnabry Dalam Kesebelasan Impian

Serge Gnabry pada hari ini merupakan antara bakat elit dalam bola sepak Eropah. Dia juga menjadi rebutan banyak kelab besar. Dan seringkali dikaitkan dengan kelab lamanya Arsenal.

Gnabry telah membantu Bayern Munich menjuarai beberapa siri Bundesliga dan juga memenangi UCL.

Lantas aksi matang dan bertenaga bekas pemain Arsenal ini mendapat pujian ramai.

Namun tahukah anda bahawa pada 2015, Mesut Ozil sudah lama hype nama Gnabry sehingga ada yang menganggap Ozil tidak kenal kaca atau permata. Atau demo tak kenal barey.

Ini kerana bagi mereka Gnabry hanyalah pemain biasa biasa sahaja yang terlebih dicanang / overhype/

Malah selepas itu, Gnabry gagal mendapatkan tempat di West Brom ketika tempoh pinjamannya. Kerana menurut Tony Pulis, pemain itu tak cukup bagus untuk West Brom.

Malah Pulis menyatakan mereka akan menolak sebarang usaha untuk melanjutkan tempoh pinjaman apatah lagi mahu membeli pemain itu.

Ozil sudah tahu Gnabry power

Tetapi Ozil pada 2015, sudah percaya bahawa Gnabry adalah bakat luar biasa. Ozil meletakkan nama Gnabry dala Ultimate XI pilihan Mesut Ozil.

Ozil memilih senarai pemain yang terbaik pernah bermain bersamanya.

Senarai yang turut menampilkan Sergio Ramos, Philipp Lahm, Angel Di Maria, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo. Aneh sekali kerana Ozil meletakkan posisi no.10 kepada Gnabry sedangkan ketika itu beliau merupakan antara no.10 terbaik dunia.

Ozil tidak menyenaraikan dirinya di dalam senarai tersebut, untuk memberikan peluang bagi Gnabry. Dia merasakan ada perkara yang istimewa pada Gnabry ketika bersama dengan pemain itu di padang latihan.

Seterusnya Ozil turut menyisihkan nama Alexis Sanchez dalam senarainya.

Oleh sebab itu Mirror terus sembur Ozil sebagai membuat satu pilihan yang tak masuk akal. Ada juga menuduh Ozil cemburu dengan Sanchez yang ketika itu menjadi pemain utama Arsenal. Selain itu ada juga menegaskan Ozil berjiwa Jerman sangat.

Ada juga orang menganggap Ozil hanya bergurau kasar atau satu troll ke atas Gnabry atau berbaur sarcasm.

Namun Ozil menyatakan beliau benar benar memaksudkannya.

Malah Ozil pernah secara peribadi bersemuka dengan Joachim Low untuk memasukkan nama Gnabry dalam skuad Piala Dunia 2014. Setahun sebelum beliau mengeluarkan senarai best XI beliau pada 2015.

Low mendengar nasihat Ozil dan mendraftkan nama pemain tersebut dalam senarai awal. Namun Gnabry mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan.

Dan selepas 5 tahun berlalu, hari ini Gnabry telah menjadi bakat luar biasa. Walaupun tidak berada dalam best 11 ramai orang, tetapi beliau tetap berada dalam senarai antara pemain terbaik musim ini.

Gnabry menjaringkan 4 gol berdepan Spurs dalam aksi UCL pada Oktober dan kini sudah menjaringkan 9 gol dalam kempen Eropah.

Setakat ini, pada musim ini Gnabry terlibat dalam 33 gol Bayern dengan 23 gol dan 10 assist. Kini dalam landasan terbaik untuk memenangi treble bersama Bayern.

Arsene Wenger menyatakan bahawa beliau sedaya upaya cuba mengekalkan Gnabry. Namun pemain itu memilih untuk pergi ke Werder Bremen untuk mendapatkan lebih minit perlawanan.

Arsenal menjual Gnabry dengan nilai £5 juta sahaja.

Dan kemudian beliau menyertai Bayer dengan perpindahan sekitar £7 juta sahaja.

Wenger: Bayern manipulasi situasi Gnabry

Wenger pernah mendakwa Bayern Munich sudah merancang semua perpindahan ini. Dengan mengarahkan pemain itu menyertai kelab kerdil Jerman dahulu sebelum dibeli oleh mereka.

Wenger membuka mulut tentang kegagalan Arsenal melanjutkan kontrak Serge Gnabry. Pemain tersebut kini telah menjadi bakat penting di Eropah.

Gnabry bermain untuk Bayern Munich dan menjadi pemain penting pasukan gergasi Jerman itu.

Arsene Wenger merasakan Gnabry enggan melanjutkan kontrak di Arsenal kerana Bayern Munich telah mempengaruhi pemain itu. Ini kerana Bayern Munich telah merancang dari awal untuk mendapatkan pemain itu.

“Kami cuba untuk melanjutkan kontrak Gnabry. Dan kami melakukannya dalam tempoh yang agak lama. Saya rasa Bayern Munich telah memanipulasi keadaan di sebaliknya.”

“Jika Gnabry menyertai Bremen dahulu, beliau akan berpeluang menyertai Bayern Munich selepas itu.”

“Beliau pemain yang sangat berbakat, namun ada kalanya hilang keyakinan diri dalam beberapa peringkat.”

“Namun kami sentiasa yakin bahawa beliau adalah pemain yang akan mencapai banyak perkara dalam kariernya. Beliau kembali daripada tempoh pinjaman di West Brom dan keyakinan beliau ketika itu dihancurkan.”

“Saya cuba membina semula kariernya kerana saya sentiasa percayakan bakatnya.”

“Konsitensi di peringkat tertinggi sangat penting, jika anda melihat pemain-pemain yang menguasai sukan ini.”

“Gnabry tidak mampu mempamerkan kualiti itu ketika di West Brom secara pinjaman.”