Mesut Ozil dilaporkan telah terjun ke dunia politik. Memiliki kerakyatan Jerman, pemain yang berbangsa Jerman-Turki itu memilih untuk menyertai parti politik diketuai Recep Tayyip Erdogan.
Erdorgan yang sudah menjadi presiden Turki sejak 2014, merupakan ketua Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP).
Mesut Ozil yang pernah dikecam rakyat Jerman kerana bergambar dengan presiden Turki sebelum kempen Piala Dunia 2018.
Dan selepas tamat Piala Dunia itu, Ozil memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa. Mengakui dia menerima kecaman daripada rakyat Jerman dan beberapa tokoh ternama.
FA Jerman tidak setuju dengan tindakan Ozil yang dianggap telah menjadi alat kempen Erdogan pada masa itu. Sedangkan Ozil adalah orang Jerman.
Mereka mempersoalkan patriotisme Ozil.
Ozil menegaskan bahawa dia memang mengikuti perkembangan politik di Turki dan rakan baik kepada Erdorgan. Dia mengikuti perkembangan politik Turki kerana menurutnya, nenek moyangnya berasal dari Turki dan masih ramai saudara maranya tinggal di sana.
Ozil membidas rakyat Jerman sebagai tidak mengenang jasanya: “Saya menjadi rakyat Jerman ketika menang, dan menjadi imigran ketika kami kalah,” tegas Ozil
Pada 2023, Ozil akhirnya bersara penuh daripada bola sepak. Dan dia banyak meluangkan masa di gym sampai badan dia sado.
Kini Ozil terjun ke kancah politik menyertai Parti Keadilan Dan Pembangunan Turki.
Ini selepas Erdogan diundi semula sebagai presiden AKP pada pemilihan parti yang lalu.
Buat masa ini, Ozil masih lagi berjinak jinak dalam dunia politik sebagai orang baharu. Ozil ketika ini kerap berada di Ankara untuk mendalami lagi ilmu politik.
⚽ Two years on from quitting football, Mesut Ozil has embarked on a new career
The former Arsenal star is trying his hand at politics, as part of Turkey's ruling party 🇹🇷https://t.co/zbi4xfq1KQ pic.twitter.com/g87mkIn2HQ
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 23, 2025