Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil akhirnya melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
Di mana beliau menekankan bahawa dia tidak akan pergi walaupun Arsenal berusaha menjualnya.
“Kedudukan saya jelas. Saya di sini sehingga hari terakhir seperti yang kita janjikan [dalam kontrak] dan saya akan memberikan semua yang saya ada untuk kelab ini.”
“Situasi seperti ini tidak akan mematahkan semangat saya, malah hanya menjadikan saya lebih kuat.”
Pemain Jerman itu masih mempunyai baki 12 bulan kontraknya dengan gaji £350,000 seminggu.
Arsenal keberatan untuk membayar gaji Ozil pada ketika ini dan cuba untuk menjual pemain tersebut. Lebih-lebih lagi, prestasi Ozil juga menurun.
Namun isu terbesar ketika ini, tiada kelab mahu membayar £350,000 seminggu. Dan Ozil tak menunjukkan beliau berminat untuk mengurangkan gajinya untuk keluar dari Arsenal.
Terbaru, Arsenal dilaporkan menawarkan pampasan sebanyak £18 juta untuk menyingkirkan Ozil. Namun Ozil berkeras tak mahu menerima tawaran itu buat masa ini dan mahu terus kekal sehingga kontrak beliau tamat.
Baru-baru ini, Ozil telah dikaitkan dengan kelab Turki. Namun, pemain berusia 31 tahun itu konsisten menyatakan beliau tidak akan meninggalkan Arsenal.
“Saya telah menunjukkan pada masa lalu bahawa saya mampu bangkit untuk pasukan dan saya akan menunjukkannya lagi.”
Ozil menegaskan bahawa beliau akan menentukan sendiri tentang isu berkaitan kariernya.
Ozil mengingatkan semua pihak bahawa beliau dan kelab sudah setuju dengan kontrak 4 tahun sebelum ini.
Arsenal ketika itu berusaha sedaya upaya mahukan Ozil kekal dan rela melepaskan Alexis Sanchez yang meminta jumlah gaji yang dikatakan setara dengan apa yang Ozil inginkan.
Wenger sudah menegaskan bahawa masa itu beliau tidak boleh membayar £700,000 seminggu hanya untuk dua orang pemain. Lalu Wenger memilih Ozil untuk terus kekal.
Ozil menjadi buruan banyak kelab besar pada masa itu dan beliau memutuskan untuk kekal di Arsenal.
“Saya yang akan memutuskan bila saya akan pergi, bukan orang lain. Saya bukannya menandatangani kontrak selama dua atau tiga tahun, tetapi empat tahun dan itu mesti dihormati oleh semua orang,” katanya.
Ozil: "I’ll decide when I go, not other people. Things have obviously been difficult but I love Arsenal, I love to work there, I love the people in the club — the real people, those I’ve been with for a long time — and I love London, it’s my home."https://t.co/cNVKqaIRtU
— LTArsenal™ (@ltarsenal) August 13, 2020
“Semuanya jelas sukar, tetapi saya suka Arsenal, saya suka bekerja di sana, saya suka orang-orang di kelab, mereka yang telah lama bersama saya dan saya suka London, ini adalah rumah saya.”
Ozil menegaskan dia akan kuat secara mental dalam menghadapi apa sahaja yang berlaku di Arsenal.
“Apa sahaja yang berlaku dalam dua musim terakhir, saya gembira dan kuat dari segi mental,” katanya.
“Saya tidak pernah menyerah. Saya mahu membantu pasukan dan saya akan berjuang untuk itu. Sekiranya saya cergas, saya tahu apa yang boleh saya lakukan di padang. ”
Ozil terakhir muncul untuk Arsenal pada 7 Maret dan walaupun cergas, dia tidak dinamakan oleh Mikel Arteta ketika persaingan kembali disambung.
Beliau bahkan tidak hadir di Stadium Wembley untuk menyaksikan kelabnya menjuarai Piala FA kerana namanya tidak disertakan dalam kuota terhad.