Ozil vs Unai: Dilema Yang Penuh Rumit

Sekarang ni semua orang tahu Unai Emery memang tak berkenan nak pakai Ozil.

Sebelum ni ada juga fans Arsenal yang sedapkan hati cakap Unai tak pakai Ozil sebab isu fitness. Dan kemudian isu dia kena samun dan macam-macam lagi la.

Sekarang ni dalam beberapa perlawanan, Ozil duduk bench pun tak layak di mata Unai Emery.

Ozil merupakan pemain yang bergaji paling tinggi dalam sejarah Arsenal. Pada ketika Arsene Wenger nak bagi Ozil gaji besar itu, beliau dapat tuntutan yang sama daripada Alexis Sanchez yang minta sekitar £350,000 seminggu.

Wenger menjelaskan mustahil untuk Arsenal memiliki 2 pemain dengan gaji £350,000 untuk satu masa yang sama.

Dan di situlah Wenger telah mengutamakan perbincangan dengan Ozil dan Alexis Sanchez mulai diberikan kebenaran untuk bercakap dengan kelab lain.

Kini telah berlaku kempen bebaskan Ozil. Bukan bebaskan pergi tempat lain. Namun merujuk kepada keluarkan Ozil daripada penjara dia sekarang ini.

Bahkan dalam aksi menentang Crystal Palace, kempen Free Ozil terus bergema.

https://twitter.com/i/status/1188531720737439752

Arsenal dan kreativiti

Ian Wright dalam analisis baru-baru ini menyatakan Arsenal tidak cukup kreativiti di atas padang. Mereka terlalu bergantung kepada pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang.

Mereka ada pemain yang paling kreatif dalam sejarah Arsenal iaitu Mesut Ozil.

Isu taktikal

Perkara yang jelas pernah dicanang Unai Emery sebelum ini adalah, taktikal. Beliau menyatakan pemilihan kesemua pemain adalah atas kepentingan taktikal.

Unai Emery jurulatih yang mahukan kesemua 11 pemain beliau sentiasa terlibat dalam gerakan.

Ozil memang ada sikap malas dalam track back dan fans Arsenal pun kerap meroyan pasal benda ni.

Namun Ozil kekadang pemain yang diberikan pengecualian untuk tidak berlari kerana kegeniusan dan visi permainan yang tajam.

Apabila Ozil beraksi world class dalam padang, Arsenal pun jadi world class. Itulah yang kerap terjadi.

Namun Ozil ada juga isu dengan kerap hilang dalam perlawanan besar di mana pasukan memerlukannya untuk menyerlah.

Kehadiran pemain seperti Dani Ceballos ke dalam pasukan Arsenal membuatkan Ozil tersingkir daripada pasukan utama.

Namun harus diingat, Ceballos tiada klausa pembelian tetap. Beliau dipinjam sebagai pemain yang dimahukan semula tuan badan dia nanti.

Saya sentiasa setuju pemain bermain atas merit, tetapi takkanlah dalam Europa League pun tak dapat tempat.

Atapun tak mampu menjadi pemain simpanan sekalipun ketika hari perlawanan.

Isu yang akan dijangka apabila perbincangan Ozil ini adalah, dia malas dan taktikal Unai Emery tak perlukan dia.

Whoscored membentangkan data, Unai Emery dengan dan tanpa Ozil. Jelas sekali, tanpa Ozil, taktikal Unai Emery lebih berjaya.

Unai Emery mungkin harus berusaha untuk memasukkan Ozil ke dalam pasukan.

Dia adalah jurulatih. Tugas jurulatih bukan sekadar menggunakan pemain yang sesuai dengan taktikal mereka. Tetapi cuba membantu pemain untuk membangun dan juga memasuki sistem mereka.

Ini musim kedua Unai Emery di Arsenal. Jika beliau rasa memang Ozil tak kena dengan taktikal dan tak nak guna, kenapa tak dilepaskan sahaja pemain itu?

Ozil sendiri perlu minta pergi dan menerima pemotongan gaji

Ada juga desas-desus menyatakan memang Unai Emery nak lepaskan Ozil namun pemain itu pula tak nak tinggalkan Arsenal kerana tak banyak pasukan yang mahu membayar Ozil £350,000 seminggu.

Sebelum aksi menentang Palace, Ozil dah berikrar dia akan kekal, sekurang-kurangnya sehingga kontrak dia tamat pada 2021.

Ozil mungkin harus memikirkan soal karier beliau. Walaupun sudah tidak bermain di peringkat kebangsaan, sebagai pemain profesional mereka dahagakan aksi di atas padang.

Keadaan semasa di Arsenal sangat tidak memihak kepada Ozil. Arsenal dalam proses untuk melanjutkan kontrak Lacazette dan Aubameyang yang dijangka akan menerima bumper deal.

Jadi, Unai Emery sengaja menghantar isyarat kepada Ozil bahwa dia memang tak diperlukan di Arsenal.

Rumusan

Isu Mesut Ozil di Arsenal memang rumit. Kontrak beliau dilanjutkan oleh Arsene Wenger dan kemudian perubahan pengurus membuatkan beliau berada di dalam kedudukan beliau ketika ini.

Dari segi peak, Ozil tidaklah terlalu jauh menurun. Dari sudut bola sepak, Arsenal memiliki pemain yang ada statistik kreativiti yang luar biasa meskipun dia tak suka berlari dan track back.

Unai Emery sebagai pengurus harus memikirkan soal untuk menggunakan pemain paling mahal mereka bayar ketika ini.

Arsene Wenger pernah berkata: “Manchester United membeli Alexis Sanchez namun tidak membeli Ozil.”

Ianya merujuk kepada Ozil dan Sanchez merupakan gandingan yang saling melengkapi.

Adakah kehilangan Sanchez juga salah satu sebab kenapa Ozil sukar pada ketika ini.

Namun Arsenal memiliki pemain seperti Lacazette dan Aubameyang yang berkaliber. Tetapi benda ni susah nak dijelaskan.

https://twitter.com/UtdTJ/status/1185285248839495684

Andai kata, Unai Emery dipecat, adakah pengurus seterusnya akan mampu mengeluarkan impak terbaik daripada Ozil?

Jadi, apa pula pandangan korang?

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan