P.Pinang 2 Selangor 0: Sistem Doubling Berasaskan 4-1-4-1 Penang Dedahkan Kelemahan Selangor Tiada Playmaker Tengah

Pulau Pinang sekali lagi membuktikan, walaupun pasukan mereka tidak memiliki bintang yang sangat besar namanya, namun kuasa permainan berpasukan masih mampu memberikan sesuatu.

Selangor diratah 2-0 ooleh Pulau Pinang pada hari ini.

Sistem permainan doubling

Pulau Pinang bermain dengan asas 4-3-3. Namun ketika bertahan mereka membentuk 4-1-4-1 dengan setiap pemain akan cuba covering rakan mereka sepanjang masa.

Sistem ini memerlukan disiplin dan semangat berpasukan. Tiada ego sebagai pemain star.

Selangor jelas sekali bermasalah nak memecahkan pertahanan Pulau Pinang dengan permainan kombinasi. Kerana pemain pemain Penang akan berada di zon 14 Selangor dengan kompak. Kalau ada bola terlepas biasanya penjaga gol Penang, Sam Sommervile akan memenanginya.

Doubling di sini bermaksud, apabila diserang, pemain di tengah akan terus menjadi lapisan pertama pertahanan yang akan dilapik oleh pemain pertahanan di belakang.

Hampir sepanjang 90 minit Pulau Pinang bertahan di satu zon dengan sekurang kurangnya 2 pemain pada satu koridor. Macamana aku nak jelaskan. Tengok ni:

Ini antara contoh quick covering play daripada Penang malam ni. Pemain CB keluar terus untuk cover pemain depan yang sudah tewas. Dan pemain DM akan sedia ke bawah.

Beberapa gambar bagaimana mereka membentuk 4-1-4-1. Ada gambar bawah tu blur, sebab aku nak capture bagaimana posisi mereka, tu antara contoh terbaik.

Kenapa Selangor bermasalah?

Mereka tidak ada pemain tengah kreatif di tengah. Gan sememangnya pemain DM yang defensif. Safuwan pun sama, pivot seperti Brendan Gan.

Selangor perlukan seorang no.10 di zon 14 untuk pecahkan rantaian ini. Buff pula pemain yang bukan tipikal no.1o.

Mereka tidak ada kemampuan untuk memecahkan zon padat, ataupun tight area.

Bila ini berlaku Selangor akan terus ke sayap dan ketika mereka hantar bola ke sayap, Pulau Pinang ada extra 2-3 saat untuk reshape pertahanan mereka dan sedia bertarung hantaran tinggi. Di mana Selangor tak ada target man yang benar benar kuat.

Selangor mencuba sepanjang malam nak melalui central area tu, namun pemain mereka tak cukup lincah untuk bergerak dan menarik keluar pertahanan lawan untuk mencipta ruang.

Persoalannya, Selangor ada no.10 ke sekarang ini?

Pulau Pinang tajam

Pulau Pinang sangat sharp. Mereka ada peluang terhad namun digunakan sebaiknya. Gol pertama adalah gol yang dilakukan dari sudut sukar.

Gol kedua, korang tengok pemain Selangor tu tiba tiba dia tukar pace kepada pace rendah, membuatkan dia tak tracking terus pemain yang ada bola.

Khairul Azhan naik nak buat sweeping, namun gagal. Peraturan asas penjaga gol, kau keluar dari kawasan, kau kena menang bola.

Rumusan

Pulau Pinang hari ini bermain sebagai satu pasukan sekali lagi. Pemain pemain pasukan ini sangat humble secara keseluruhan. Tak seorang pun nampak berlagak star dalam padang.

Saling pekik memekik kalau benda tak ok. Ini yang menjadi kekuatan mereka. Mereka melakukan semangat yang sama berdepan JDT hari tu. Dan kekalkannya hari ini.

Selangor pula terus bermasalah dengan bahagian tengah tanpa playmaker kreatif. Mereka menunjukkan mereka perlukan permainan kombinasi seperti mana mereka lakukan sebelum ini ketika menentang Pahang.

Malang sekali Pahang pada masa tu bukan acid test terbaik untuk mereka mengetahui kekuatan dan kelemahan sebenar mereka.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil