Pacquaiao Mengamuk: ‘Apa Gunanya Jadi ‘Leader’ Kalau Takut Jadi Front-Liner’

Legenda tinju Filipina dan juga senator, Manny Pacquiao menyatakan beliau sedia untuk berada di barisan hadapan pada bila bila masa demi membantu Filipina melawan koronavirus.

Petinju legenda itu sudah bersedia untuk membantu orang yang memerlukan di Filpina ketika wabak koronavirus menyerang.

Pacman kecewa dengan sikap segelintir pemimpin yang kedekut dan bersembunyi pada ketika ini.

Di mana mereka sangat berkira, setiap wang yang mereka sumbangkan itu seboleh-bolehnya mereka mahukan ia dibayar semula kelak.

Pacman: Pemimpin adalah orang di hadapan

Bercakap kepada akhbar Buletin Manila, Pacman menyatakan, ini bukan masanya untuk pemimpin yang diberikan kepercayaan bersembunyi.

Inilah masanya untuk keluar membantu negara dengan apa jua cara, terutama sekali rakyat yang miskin.

Pacman kemudian mengingatkan bahawa nama pemimpin / leader itu sendiri merujuk kepada orang yang di hadapan. Jadi kenapa perlu bacul dan takut berada di barisan hadapan sebagai Front-liner.

“Pemimpin sejati tak akan pernah takut berada di barisan hadapan dan mati demi membantu rakyatnya.”

Pacman kemudian menegaskan, inilah masanya rakyat akan menilai pemimpin yang mereka pilih dan berikan mandat.

“Kamu harus memimpin dan berada di hadapan. Ini supaya orang rakyat melihat siapa diri kamu ketika mereka dalam keadaan memerlukan.”

Pacman mendermakan sejumlah wang dan juga membeli beberapa peralatan perubatan terutama sekali peralatan saringan untuk koronavirus.

Beliau membeli 5 bas dan didermakan untuk beberapa hospital bagi kegunaan mereka.

Buletin Manila melaporkan, Pacman dan Jack Ma telah bekerjasama membeli 50,000 kit saringan koronavirus dan topeng muka dari China demi membantu negaranya melawan COVID-19.

Walaupun dilantik sebagai senator, Manny Pacquiao tidak pernah gentar menyuarakan pandangannya.

Misalnya sebelum ini beliau menjadi kecaman oleh puak hak asasi LGBT kerana kelantangannya mempertahankan dasar melarang perkahwinan sejenis di Filipina.

Filipina merupakan negara yang lebih 90% adalah penganut katolik – yang tidak merestui LGBT.

Namun beliau tidak pernah gentar menyuarakan pandangannya. Kerana baginya, setiap orang berhak untuk bersuara.

Pacman ketika ini sedang berusaha untuk membawa lebih banyak bantuan ke negaranya. Beliau menggunakan pengaruhnya menerusi Yayasan Pacquiao untuk mendapatkan bantuan.

Semoga apa yang dilakukan Manny Pacquiao ini akan menjadi ikutan pemimpin lain di seluruh dunia.

Beliau juga menyeru agar rakyat Filipina terus mengikuti arahan pihak berkuasa ketika menghadapi bencana wabak ini.

Kerisauan Filipina

Setakat 23 Mac, Koronavirus telah mencatatkan  462 kes di Filipina. Namun angka kematian mereka sangat tinggi untuk kes yang yanga 462, di mana 36 kematian dicatatkan. Hanya 18 kes yang dilaporkan pulih.

65% daripada kes kritikal koronavirus di Filipina setakat ini membawa kepada kematian.

Perkara ini sangat merisaukan. Kelihatan Filipina perlu melakukan sesuatu untuk mencegah COVID-19 di negara mereka dengan lebih baik.

Rujukan: Fiji Village