Perlawanan bola sepak yang mana pernah mengakibatkan kecederaan paling banyak dalam satu perlawanan?
Jawapannya mungkin di Congo. Bukan sahaja cedera, malah 11 pemain meninggal dunia.
Kejadian itu berlaku di Bena Thadi di Republik Congo. 11 pemain terkorban – mereka kesemua dalam lingkungan usia 20-35 tahun. Ianya kerana dipanah petir.
Bena Tshadi beraksi berdepan pasukan pelawat Basanga di Kasai. Dan perlawanan itu sedang berlangsung dengan papan skor menunjukkan 1-1.
Dan tidak disangka sangka tiba tiba petir menyambar dan 11 pemain meninggal sementara 30 yang lain cedera.
Pada awalnya, orang ramai merasakan itu satu tragedi panahan petir sebagai mana kerap berlaku di dunia ini.
Namun pegawai pasukan Basanga mulai mengesayaki bahawa mereka sebenarnya disantet ataupun disantau. Dan laporan juga menyebut tiada seorang pun pemain tuan rumah yang cedera.
The two sides were drawing 1-1 in the match in Basanga, eastern Kasai Province of the country, when the lightning struck the visiting team. The players from the home team were not affected by the tragedy.
— MYTH AND FACT (@MythAndFact) November 23, 2019
Hanya pemain Basanga sahaja yang mati dan tidak ada seorang pun pemain tuan rumah yang meninggal dunia.
Bagi masyarakat di luar Afrika, tuduhan ini nampak pelik. Namun bagi mereka di Afrika tuduhan seperti ini normal.
Hal ini kerana masih banyak pasukan bola sepak termasuk pasukan profesional menggunakan ilmu hitam dan juga mencari bomoh yang boleh membantu mereka menang.
Ada yang lebih teruk sampai mensasarkan lawan mereka dengan menghantar santau.
Media tempatan, L’Avenir menegaskan, persatuan bola sepak Congo menganggap kes itu sebagai tidak ada bukti munasabah dan tidak dapat mengesahkan apa apa.
Amat sukar untuk FA Congo menerima laporan yang menyatakan pemain mereka disantet.
Keadaan itu tetap membuatkan penyokong kedua dua pasukan tegang di luar.
Sebelum kejadian petir itu, sehari sebelumnya, Liga Afrika Selatan menggantung perlawanan yang sedang berlangsung.
Ini selepas 7 pemain dan pengadil rebah di atas padang dipercayai kerana santau angin.
The Guardian melaporkan: “Dua pemain Moroko Swallows masuk hospital. Dua pemain disahkan tenat kerana cedera teruk selepas tersembam ke permukaan padang.”
Namun pengurus pasukan lawan, Jomo Cosmos, menuduh mereka hanya berlakon kerana pasukan mereka sedang ketinggalan.
Rwanda ada peraturan khas haramkan tangkal dan ilmu hitam
Pada 2016, Rwanda Football Federation (Ferwafa) terpaksa mengumumkan pengharaman penggunaan ilmu hitam dalam kesemua aksi bola sepak di bawah seliaannya.
Menurut laman sesawang Vanguardngr.com pada 28 Disember 2016, pegawai bola sepak Rwanda berjanji mengambil tindakan tegas selepas insiden penggunaan ilmu hitam tertangkap video didakwa digunakan semasa Mukura Victory Sports menentang Rayon Sport dalam Liga Perdana Rwanda.
Ketika penjaga gol Mukura leka di luar petak gol, pemain Rayon, Moussa Camara, meluru ke arah gol lalu tunduk dan mengeluarkan “tangkal” yang tertanam pada tiang gol.
Moussa bengang kerana gawang lawan mereka pada hari itu sangat sukar dibolosi.
Witchcraft has been banned from Rwandan football after a bizarre incident. Moussa Camara cast a spell on the goalmouth, scoring 3 mins later pic.twitter.com/ujG8YvAJ3d
— Ball Street (@BallStreet) December 29, 2016
Penjaga gol Mukura cuba menghalang Camara namun gagal. Camara kemudian menyerahkan suatu objek yang dipercayai tangkal itu kepada pegawai keempat perlawanan.
Insiden pelik itu, bagimanapun mengundang kontroversi apabila ternyata Camara menyumbat satu gol kemudian sebaik sahaja tangkal itu dikeluarkan untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Timbalan Presiden Ferwafa, Vedaste Kayiranga dalam kenyataan berkata: “memandangkan tiada kaedah saintifik membuktikan penggunaan ilmu hitam, kita mengambil kira laporan pegawai perlawanan dan apa saja menyerupai amalan itu akan disiasat dan dipertimbangkan.”
Perwafa memutuskan mendenda mana-mana individu pemain yang dilihat menggunakan sihir atau ilmu hitam sebanyak 100,000 RWF.
Sementara, jika kelab terlibat mereka akan kehilangan tiga mata dan akan berdepan denda 2.9 juta RWF.
Jimmy Mulisa, bekas pemain antarabangsa Rwanda mengulas, “menyedihkan kita masih percaya pengaruh ilmu hitam dalam bola sepak, ia bukan sahaja memberi imej buruk kepada negara, tapi membunuh pembangunan bola sepak.