Pada 2017, Budak Ini Digelak Berjemaah Kerana Anggap Mane ‘Best In The World’

Sadio Mane kini berada dalam form of his life kata orang. Beliau diiktiraf lelaki Afrika yang paling arif bermain bola sepak.

Dalam ranking Ballon D’Or, Sadio Mane di tangga ketiga. Lebih menarik apabila ‘Kambing’ bola sepak, Lionel Messi turut mengundi Sadio Mane sebagai pemain terbaik dunia.

Mane mencetuskan fenomena dalam beberapa musim ini. Beliau berjaya keluar daripada bayangan Mohamed Salah dan mencipta namanya sendiri.

Mane salah seorang daripada trio penggempur Liverpool yang saling melengkapi.

Beliau kini diletakkan antara calon pilihan untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA musim ini.

Namun beberapa musim lalu, ada seorang budak scouser yang sudah percaya bahawa Sadio Mane sebagai terbaik di dunia dan world class.

Beliau ditemuramah oleh Redmen TV Selepas aksi Liverpool menentang Hoffenheim di mana Liverpool menang 4-2.

Beliau ditanya tentang pandangan tentang pasukan Liverpool.

“Boss, amazzing, hebat, fantastik, apa lagi kau nak aku cakap? Ada lagi”

Redmen: Kita bermain bagus kan?

“Ya kita bermain bagus, setiap pemain adalah boss, dan seorang yang saya nak cakap sekarang adalah Sadio Mane – Saya dah kata sebelum ini, beliau adalah pemain terbaik di dunia.”

“Saya tak tahu kenapa orang………”

Terus ramai yang tergelak. Marah budak tu wei diperlakukan sebegitu.

“Hei, kenapa kau gelak hanat.”

“Chris, kenapa kau mengekek setan.”

“Aku tengah serius ni, aku serius.”

“Saya ni bukan jenis cakap kalau ataupun mungkin. Saya jenis yang tetap (absolute) dengan pendirian. Kau tau maksud aku kan?”

“Mane merupakan pemain yang memiliki segala kualiti pemain terbaik.”

Korang layan telatah budak itu di sini:

4 hari selepas itu dia mempertahankan hujahnya sekali lagi tentang Mane. Dia masih pelik orang mempersoalkan apabila dia kata bahawa Sadio Mane adalah pemain terbaik di dunia.

Walaupun masa tu Liverpool menang 4-0 budak ni tetap suruh move on daripada komen pasal Karius tahu. Kahkah.

 

Ternyata telahan dia sangat tepat. Walaupun Mane bukan pemain terbaik dunia FIFA dan Ballon d’Or, namun ramai yang ada pandangan tersendiri menyatakan beliau antara pemain elit yang berada di kalangan terbaik dunia.

Hari ini ramai yang berkunjung balik ke video tersebut dan menganggap budak tu datang dari masa depan.

Menariknya, 2 tahun selepas komen budak tu, Sadio Mane menjadi pemain penting Liverpool dalam kemenangan UCL ke-6. Dan beberapa bulan kemudian Mane membantu Liverpool menjadi Juara Dunia Kelab.

Sadio Mane kini sudah menjaringkan 100 gol dalam kariernya di England. Dan menjadi penjariang utama Liverpool.

Jika tiada malapetaka yang terlalu dahsyat, Liverpool akan juara EPL akhir musim ini, dan nama Sadio Mane antara yang paling dikenang.

Sadio Mane banyak memberikan perubahan kepada pasukan pada musim ini. Beliau juga pemain yang sangat fokus dengan kerjayanya.

Beliau pernah mendedahkan dia menolak Man United demi Liverpool, sebab nak menang piala bersama Klopp. Itupun Mane kena gelak, sebab ketika itu Man United sudah menang 1 Europa dan 1 Piala Domestik.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di